Monday 30 July 2012

COLESLAW

 COLESLAW
Bahan-bahannya:
Kobis bulat
Karot merah
Coleslaw dressing - saya guna Lady's Choice

 Cara:
Sagat kobis menggunakan lubang sagat yang besar.
Sagat karot menggunakan lubang sagat yang paling kecil
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Masukkan dalam tupperware bertutup dan masukkan dalam peti ais
Sedia dinikmati.

** kalau takde sagat, boleh dihiris halus guna pisau.


Sunday 29 July 2012

CUCUR UDANG

 CUCUR UDANG
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
Udang - (dibuang kulit)
Daun kucai - potong 1 1/2 inci)
Taugeh
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
1 biji telur
2 sd teh garam
1 cawan air

 Cara membuat:

  1. Kisar bahan kisar hingga halus dan telur agak kembang.
  2. Masukkan tepung ke dalam besen. 
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung dan gaul rata. Adunan jangan terlalu pekat.
  4. Masukkan udang, kucai dan taugeh. Gaul rata.
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, jemputkan adunan ke dalam minyak yang panas. Masak guna api sedehana hingga perang. Angkat dan toskan.
  6. Nikmati bersama kuah kari atau kuah kacang atau sos cili atau sos tomato.


Thursday 26 July 2012

APPLE PIE GORENG ALA McD

APPLE PIE ALA McD
Bahan-bahannya: (boleh dapat 6 - 8 keping pie)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan shortening - (boleh juga guna mentega yg mesti dlm keadaan beku)
1 sd teh garam
1/2 cawan air sejuk

Bahan inti:
2 biji epal hijau - kupas kulit dan potong dadu
1/3 cawan gula
1/2 sd teh serbuk kayu manis

 Cara-caranya:
Untuk Inti:

  • Campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis ke dalam kuali. 
  • Masak menggunakan api yang kecil hingga epal lembut.
  • Lenyek 1/4 epal dengan garfu, selebihnya biar berketul. Ke tepikan.

 Untuk Kulit Pie:

  • Ayak tepung. Masukkan garam. Potong shortening/mentega yang masih beku. 
  • Gaul shortening/mentega dengan tepung menggunakan hujung jari, ramas sehingga bergentel. 
  • Masukkan air dan gaul dengan garfu.


  • Canai atas papan. Potong panjang 8 cm dan lebar 6 cm. (macam McD punya pie lah..)
  • Letakkan inti di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat. Kemudian tekan dengan garfu di sekeliling pastry agak2 setengah inci.


  • Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana besar. 
  • Goreng pie satu persatu hingga masak dan kekuningan.
  • Toskan atas tisu dapur supaya serap minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan semasa panas-panas.

CENDOL

CENDOL
Bahan-bahan untuk cendol:
50g tepung Hon Kwee
40 g tepung beras
10g tepung ubi
1/2 sd teh garam
3 sd mkn gula
625 ml air pandan
1/2 besen air ais
Acuan cendol


1/2 besen air ais


Acuan cendol yang saya guna

 Cara:
  1. Mesin daun pandan yang digunting pendek bersama 625ml air, kemudian tapis untuk dapatkan air pandan.
  2. Bahagi air daun kepada 420 ml dan 225 ml. 
  3. 420 ml air daun pandan dididihkan.
  4. Sementara itu, larutkan semua tepung, garam dan gula pasir ke dalam 225 ml air daun pandan. Gaul rata.
  5. Sementara tunggu air daun pandan mendidih, sediakan besen berisi air ais dan acuan cendol.


Bila air pandan mendidih, masukkan adunan tepung sambil jangan berhenti mengacau hingga adunan menjadi transparent.

Masukkan adunan ke dalam tapis acuan cendol, tekan-tekan supaya cendol masuk ke dalam air ais selama 10 - 15 minit hingga cendol keras.


Bahan Untuk Santan:
1000 ml santan pekat - saya guna santan kotak je
1/2 sd teh garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
Didihkan semua bahan sambil terus dikacau supaya tidak pecah lemak. Tutup api, ke tepikan.


Bahan Untuk Air Gula:
250 g gula melaka/ gula merah
250 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
Didihkan semua bahan hingga gula larut. Tutup api dan ke tepikan.


Cara menghidang:
  • Masukkan beberapa ketul ais ke dalam gelas.
  • Sudukan sedikit kacang merah dalam tin.
  • Masukkan sedikit air gula merah.
  • Masukkan cendol.
  • Masukkan sedikit santan.
  • Sedia untuk dinikmati.


Tuesday 24 July 2012

AYAM PERCIK

 AYAM PERCIK
Bahan-bahannya:
10 ketul ayam
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - dibuang tulang dan dihiris halus
2 helai daun limau purut - dibuang tulang dan dihiris halus
1 keping asam gelugor / air asam jawa
Garam
Gula
Bahan Kisar:
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 cawan santan
5 - 6 biji cili kering
3 - 5 biji cili api
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai - dihiris halus

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, 2 batang serai, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam, santan, daun kunyit dan daun limau purut. Masak hingga ayam masak. Asingkan ayam dan kuah terus dididihkan hingga agak pekat. Tutup api.
  4. Masukkan ayam ke dalam oven atau bakar.. (Saya menggunakan double sided non-stick pan) hingga ayam agak garing.
  5. Masukkan ke dalam pinggan hidang dan curah dengan kuah yang lebih tadi. Sedia untuk dinikmati.


LASSI MANGGA

 LASSI MANGGA
Bahan-bahannya: (Sukatan untuk satu gelas)
100 g plain yogurt
100 ml air
200 ml susu rendah lemak (boleh juga guna susu segar)
2 sudu makan gula
1/2 sudu makan fruit paste perisa mangga
beberapa ketul ais

 Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam gelas dan hidangkan.

 NOTA:

  • Blend lassi apabila sudah mahu menikmatinya supaya ais tidak cair.
  • Fruit paste boleh didapati di kedai-kedai bakeri. Jika tidak ada fruit paste, boleh saja jika menggunakan sebiji buah mangga masak atau pati mangga apa-apa jenama.


CAPATI

CAPATI
Bahan-bahannya:
500 g tepung Atta
Air panas + garam
2 sudu makan minyak/ghee

Cara Memasak:
  1. Campurkan ghee/minyak ke dalam tepung atta. Gaul rata.
  2. Masukkan air panas + garam sedikit demi sedikit. Gaul guna senduk. (Panaskan air tu)
  3. Bila dah suam, uli guna tangan hingga mendapat doh yang lembut (lebih kurang macam karipap jugaklah)
  4. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
  5. Canaikan adunan menggunakan roller pin, masak atas kuali leper (saya guna non-stick pan aje) menggunakan api sederhana kecil hingga capati menggelembung kecil. Terbalik-terbalikkan hingga masak.
  6. Bolehlah dihidangkan dan dinikmati bersama kari ayam, kari daging atau dalca.


Monday 23 July 2012

SAMBAL SARDIN


 SAMBAL SARDIN
Bahan-bahannya:
2 tin kecil sardin
1 biji bawang besar - dibelah dua dan di mayang kasar
1 keping asam gelugor

Bahan tumbuk lumat:
1 genggam cili api
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

 Cara masak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. 
  2. Asingkan ikan sardin dari sosnya. Goreng sebentar menggunakan api yang kecil hingga agak garing di kedua2 belah. Angkat dan ke tepikan. (Kalau guna api yang besar, ikan akan meletop2..)
  3. Dalam kuali dan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan sedikit air, asam gelugor, sos sardin tadi dan bawang besar mayang. Gaul rata.
  5. Masukkan ikan sardin goreng, garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan sebentar lagi. Siap.


Sunday 22 July 2012

ROTI ARAB

ROTI ARAB
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 sd makan marjerin
1 biji telur
1 sd makan susu pekat
1 sd makan gula kastor
secubit garam
1 1/2 sd teh yis mauripan
100 ml air

 Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin hingga sebati.
  2. Masukkan marjerin . Uli hingga membentuk doh yang licin. 
  3. Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong.
  4. Gelek dengan rolling pin hingga leper. (Sambil gelek tu, taburkan tepung yang banyak supaya tidak melekat)
  5. Rehatkan sebentar supaya roti sedikit mengembang.
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Masukkan roti dan siram-siramkan minyak pada atas roti  menggunakan sudip supaya roti mengelembung, menggunakan api yang perlahan atau sederhana.
  7. Goreng hingga roti agak kekuningan, angkat dan sedia dihidangkan bersama kari ayam atau kari daging atau kuah sardin...


Saturday 21 July 2012

GERANG ASAM IKAN TENGIRI - MASAKAN BABA NYONYA MELAKA




 GERANG ASAM IKAN TENGIRI - MASAKAN BABA NYONYA MELAKA
Bahan-bahannya:
5 - 6 keping ikan tengiri
3 cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
12 batang bendi
2 batang serai - dititik
3/4 cawan minyak masak

 Bahan Kisar Halus:
20 biji cili kering - dipotong dan direbus kemudian dicuci bersih
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai - dihiris nipis
1 1/2 sudu kecil belacan

 Cara masak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan harum.
  3. Masukkan serai titik.
  4. Masukkan air asam jawa, biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan, daun limau purut, garam dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kuah mendidih.
  6. Masukkan bendi dan renehkan lagi hingga bendi masak. Sedia untuk dihidang.


FRUIT COCKTAIL

 FRUIT COCKTAIL
Bahan-bahannya:
40g tepung kastard - lebih kurang 4 sudu makan
5 sudu besar gula castor
900 ml susu sejat (susu cair)
1 tin fruit cocktail (boleh juga kalau nak guna buah nenas, kiwi atau buah naga)

Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung kastard ke dalam mangkuk. Masukkan juga 200ml susu cair. Gaul sebati.
  2. Panaskan 700ml susu cair sehingga mendidih.
  3. Tuang susu yang mendidih ke dalam adunan kastard, kacau rata.
  4. Panaskan adunan kastard di atas api kecil hingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. 
  5. Apabila sudah mendidih, matikan api dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  6. Tuang kastard ke dalam gelas dan diselang-selikan dengan buah-buahan cocktail. Akhiri dengan lapisan kastard, hias dan sejukkan dalam peti ais.


Thursday 19 July 2012

KACANG PANJANG TUMIS

KACANG PANJANG TUMIS
Bahan-bahannya:
1 cekak kacang panjang - hiris serong nipis
Sedikit udang sayur (udang segar yg kecik2 tu..)
4 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis

 Cara-caranya:

  1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan secawan air dan udang. Gaul rata.
  5. Masukkan kacang panjang. garam dan serbuk perasa. Gaul rata hingga kacang layu. Siap.


PATIN GULAI TEMPOYAK TEMERLOH

PATIN GULAI TEMPOYAK TEMERLOH
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan patin - bersihkan dengan memerahkan jus dari 2 biji limau nipis terutama dalam perut ikan, biarkan 5 minit sebelum dicuci bersih dengan air.
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan
2 senduk tempoyak
garam
serbuk perasa
2 keping asam gelugor (optional - jika guna tempoyak baru)

 Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
1 1/2 inci kunyit hidup

 Caranya:

  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, diikuti tempoyak dan air secukupnya. Gaul rata.
  2. Masukkan garam, serbuk perasa, bunga kantan daun kesum, kacau lagi, baru masukkan ikan. 
  3. Tenggekkan atas dapur dan buka api. Masak dengan api sederhana. Jangan dikacau terlalu kerap, nanti ikan mudah hancur.
  4. Biarkan mendidih dan ikan masak. Sedia untuk dihidangkan.