Friday 20 December 2013

KUIH KETAYAP/KUIH DADAR

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.


46 comments:

Unknown said...

Terima kasih cikgu Ani. saya dah try buat. sedap sungguh .......

Cikgu Ani Bawok said...

T/kasih Zainab Idris krn sudi cuba...

Unknown said...

Tmpg tnya, mcm mna nk bgi kulit kuih xmelekat kt kuali ye?

Anonymous said...

Teknik guna blender untuk adunan sangat berkesan. Cepat dan tak bergentel langsung. Terima kasih cikgu...

Unknown said...

Nak tny sy dh buat kuih ketayap tp melekat kat kuali..knp ya

Cikgu Ani Bawok said...

Sapu sedikit minyak pada kuali untuk mengelakkan ketayap lekat pada kuali...

Anonymous said...

Terima kasih ye cikgu. Suami sy mmg minat kuih ni. Lps sy ikut resepi cikgu ni, die puji msakan sy.. alhmdulillah

nashya (นิชคุณ) said...

Terima Kasih untuk resepi ni. Saya berjaya buat. Kuih feveret lak tuh. Hahha.Jemput singgah :) http://nazatul-nashya.blogspot.com/2015/02/kuih-pocong-hijau.html

Unknown said...

Terima kasih cg ani... Sy dah buat.. Sdp sangat...

Unknown said...

Smlm sy buat kueh ketayap ikut rspi ckgi ani..mmg sedaaaaap sgt...hehe tq

Unknown said...

I looked at 3 recipes including yours...yours looks the best, so I tried it and indeed, I was happy with the batter...very yummy and soft. Thank you!

Unknown said...

Terbaik

zuhaini abd hamid said...

Mmg sedap kuih ketayap guna resepi cikgu ani.... Terima kasih cikgu ani

Anonymous said...

Terima Kasih cikgu.. blh sy belajar buat..ank sy suka sangat kuih ni.. ��

Cik Matahariku said...

saya mohon share dan kongsi resepi kuih ketayap ini di blog saya ya cikgu,:)Saya akan buat link ke blog cikgu ini..terima kasih.

Anonymous said...

Nak tanya sikit lah cikgu..
Apa maksud SDN dan SDT...dlm resepi cikgu tug...

Anonymous said...

SDT = sudu teh
SDM = sudu makan/sudu besar

Maaf ya cikgu...sibuk tlg jawabkan :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Maaf, soalan tak complete. Soalan* Kalau nak double portion nak kene double bahan2 ke, seperti telur Dan gula merah? Thank u in advance. ��

Suriati said...

Saya mohon share resepi ini dalam Fb saya.. akan saya kredikan pada blog cikgu yer...

Unknown said...

Best bru try ptg ni hihi

Unknown said...

Best bru try ptg ni hihi

Unknown said...

Best sgt...dah try

Unknown said...

Best sgt...dah try

Unknown said...

Mohon share ye Cikgu.. Tq

Unknown said...

Assalam cikgu alhamdulillah cedok tips dr sini. Menjadi. Terima kasih banyak sudi berkongsi resepi.

Unknown said...

Assalam cikgu alhamdulillah cedok tips dr sini. Menjadi. Terima kasih banyak sudi berkongsi resepi.

Unknown said...

Assalamualaikum...saya mohon izin nak salin resipi...blom buat tapi tengok dah terliur...thanks cikgu

Unknown said...

Nnti rajin nk try buat..hihi

Unknown said...

Nnti rajin nk try buat..hihi

Norra said...

Salam cikgu. Resepi cikgu ni blh dpt dlm berapa keping?

Unknown said...

Salam,macam mana nak pastikan kuih ketayap ni tahan lama? Maksud saya ketahanan dia dari cpt basi..

Anonymous said...

Terima kasih cikgu... Semoga Allah merahmati cikgu.

Unknown said...

Sy pinjam ye. Hehe

Ana said...

Salam Cikgu. Terimakasih kerana sudi share resepi. Dapatlah kami sekeluarga di rantauan merasa kuih tradisional dan menjamu tetamu. Saya dah buat beberapa kali dan Alhamdulilah mendapat sambutan baik. Semoga Allah merahmati cikgu sekeluarga.

Unknown said...

Terima kasih..

Unknown said...

pastikan kuali betul2 panas dan isi myk sikit..insyallah x melekat

Mrs Riduan said...

Klau xde gula merah,, guna gula melaka boleh x?

Mrs Riduan said...

Klau xde gula merah,, guna gula melaka boleh x?

Mrs Riduan said...

Klau xde gula merah,, guna gula melaka boleh x?

Mrs Riduan said...

Klau xde gula merah,, guna gula melaka boleh x?

Izzati Amin said...

Boleh. Sy pun biasa ganti dgn gula melaka. Cuma dia ambik masa lagi lama nak cair. Dan pastikan api perlahan nnti gula cepat hangus

Unknown said...

Salam..utk adunan ni anggaran bpe biji kuih yg dapat ye

Unknown said...

Terima kasih kongsi resepi😘

Share to you said...

Nak tanya apa maksud 2 sdm tepung gandum

Cikgu Ani Bawok said...

2 susu makan (2 table spoons)