Showing posts with label SOTONG. Show all posts
Showing posts with label SOTONG. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG
Bahan-Bahannya:
600 g sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1/2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dimayang kasar
garam
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
2 genggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi hingga kuahnya kering dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong, bawang besar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masak hingga bawang layu dan sotong masak. (Jangan masak lama-lama, nanti sotong jadi liat).
  4. Tutup api dan hidangkan.


Friday, 16 May 2014

SOTONG GORENG TEPUNG

SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan-bahannya:
3 ekor sotong – dibersihkan, dipotong bulat setebal ½ cm, dicelur dalam air mendidih dan disejatkan

1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk perasa
2 cawan air

Bahan-Bahan Tepung Di Ayak Sekali:
1 cawan tepung gandum
4 sudu makan tepung ubi/tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)


Cara-caranya:
1.      Masukkan bahan-bahan tepung yang sudah diayak ke dalam mangkuk.
2.      Masukkan garam dan serbuk perasa.
3.      Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat kepekatan yang diperlukan.
4.      Celupkan sotong ke dalam bancuhan tepung.
5.      Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.
6.      Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis.
7.      Hidangkan bersama sos cili gan mayonis.



KERABU SOTONG

KERABU SOTONG
Bahan-Bahannya:
2 ekor sotong saiz sederhana – dibersihkan dan dihiris ½ cm tebal
50 sen suun – direndam hingga lembut, dipotong dua inci panjang
2  cawan air
 ½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 biji limau nipis 
Bahan Hiris:
1 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1 batang bunga kantan
1 biji tomato – dibuang biji
4 biji cili api
1 pokok daun sup

Cara-caranya:
1.      Didihkan 2 cawan air. Celur sotong selama 5 minit. Sejatkan airnya.
2.      Didihkan semula air rebusan sotong tadi. Masukkan sun sebentar. Sejatkan.
3.      Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
4.      Hidangkan.



MASAK KICAP SOTONG CERIA

MASAK KICAP SOTONG CERIA
Bahan-Bahannya:
3  ekor sotong saiz sederhana – dibersihkan dan dipotong bulat ½ inci tebal
2 biji kentang – dikupas, dipotong wedges dan digoreng hingga masak
5 biji tomato ceri – dibelah dua
1 biji bawang besar – dipotong bulat
1 biji cili merah – dipotong tiga bahagian dan dihiris memanjang
4 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan kicap lemak masin
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 sudu teh jintan putih (jintan halus)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:
1.      Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2.      Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3.      Masukkan kicap. Kacau rata.
4.      Masukkan sotong, kentang, bawang besar, cili merah hiris dan serbuk perasa. Kacau rata hingga sotong masak.
5.      Masukkan tomato ceri. Kacau rata sebentar.
6.      Tutup api dan hidangkan.



KARI SOTONG MESRA SELALU

KARI SOTONG MESRA SELALU
Bahan-Bahannya:
4 ekor sotong – dibersihkan dan disejat.
Secekak kacang buncis – dibersihkan dan dipotong serong 1 ½ inci panjang
½ biji capsicum – dibersihkan dan dipotong kasar
2 biji tomato – dibelah empat
4 sudu makan serbuk kari daging – dicampur dengan ½ cawan air
½ sudu makan asam jawa – dicampur dengan ½ cawan air
2 tangkai daun kari
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
½ inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:
1.      Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2.      Masukkan bancuhan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
3.      Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
4.      Masukkan sotong, gaul rata.
5.      Masukkan kacang buncis, capsicum, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
6.      Bila sotong sudah masak, kacang pun sudah layu, masukkan tomato. Gaul rata sebentar sahaja.
7.      Tutup api dan hidangkan.


RENDANG PEDAS SOTONG – KACANG KELISA

RENDANG PEDAS SOTONG – KACANG KELISA
Bahan-Bahannya:
4 ekor sotong – dibersihkan dan dipotong bulat setengah inci panjang
10 biji kacang kelisa – dibersihkan dan dipotong serong
1 helai daun kunyit – dibuang tulangnya dan dihiris halus
2 helai daun limau purut – dibuang tulangnya dan dihiris halus
1 keping asam gelugor
2 cawan santan pekat
Garam

Serbuk perasa
Bahan dikisar halus:
Segenggam cilia pi
1 ½ inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai – dipotong nipis-nipis

½ cawan air


Cara-caranya:
1.      Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga airnya kering.
2.      Masukkan santan pekat dan  asam gelugor. Masak hingga mendidih. Kacau sentiasa.
3.      Masukkan sotong, daun kunyit, daun limau purut, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
4.      Masukkan kacang kelisa, kacau rata.Masak hingga kacang layu dan sotong masak.

5.      Tutup api. Hidangkan.


Wednesday, 27 March 2013

SOTONG MASAK KICAP RINGKAS

SOTONG MASAK KICAP RINGKAS
Bahan-bahannya:
600g sotong - dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar - dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau - dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam

Bahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.)
  3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Thursday, 21 March 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI

SAMBAL TUMIS SOTONG BERKARI
Bahan-bahannya:
600g sotong - dibersihkan dan ditoskan airnya
6 sudu makan cili kering kisar
1 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - mayang kasar
Garam
Gula

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari ikan. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam gelugor, sotong dan bawang besar mayang. Gaul sebati. (Tak perlu masukkan air kerana air dari sotong sudah cukup untuk mendapat sambal yang pekat).
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
  6. Tutup api dan hidangkan.


Saturday, 8 December 2012

TAUHU TELUR-SOTONG MASAK KICAP

TAUHU TELUR - SOTONG MASAK KICAP
Bahan-bahannya:
2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong - potong cincin
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
3 sd mkn sos cili
2 biji cili merah - hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)
sedikit serbuk perasa (optional)
sedikit daun bawang

Cara Masak:

  1. Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
  2. Masukkan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
  5. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
  6. Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.


Thursday, 29 November 2012

SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah



Cara Masak:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, 16 November 2012

SAMBAL TUMIS SOTONG

SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan disejat dalam tapis untuk keringkan airnya
4 sudu makan cili kering
sebesar ibu jari asam jawa - campur 1/4 cawan air
2 biji bawang besar - dipotong bulat

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masak hingga garing.
  4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. (Bila bawang besar semua dah layu, menunjukkan bahawa sotong pun sudah masak.. Pastikan sentiasa kacau sotong tu supaya masak rata.)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
## JANGAN masak sotong terlalu lama kerana daging sotong akan jadi keras dan kenyal..



Saturday, 14 July 2012

SAMBAL CILI API SOTONG

SAMBAL CILI API SOTONG

Bahan-bahannya:
600g sotong - cuci dan potong cincin
1 biji bawang besar - belah dua dan hiris kasar.
1 keping asam gelugor

 Bahan Kisar:
Segenggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - hiris nipis

 Cara Masak:

  1. Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sotong selama 2 minit aje. Kemudian sejatkan.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan asam keping. 
  4. Masukkan sotong celur, bawang besar, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  5. Bila bawang besar sudah layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.