Recent Posts

Tuesday, 16 December 2014

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG
Bahan-Bahannya:
600 g sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1/2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dimayang kasar
garam
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
2 genggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi hingga kuahnya kering dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong, bawang besar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masak hingga bawang layu dan sotong masak. (Jangan masak lama-lama, nanti sotong jadi liat).
  4. Tutup api dan hidangkan.


1 comment:

clash of clan free gem said...

dapatkan modal meniaga dengan hanya berkongsi link.. tiada apa yang dirugikan , tiada yuran, dan dapat bonus register $25 !! try it first! click here -> http://peruserpaid.com/?ref=121293... no need surveys, no spam and no fraud