Sunday 30 September 2012

APAM DEWA

APAM DEWA
Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Didihkan air dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  3. Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan adunan naik 2 kali ganda. (Saya pukul guna speed maksimum selama 15 hingga 20 minit)..
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
  5. Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
  6. Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
  7. Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
  8. Kukus apam selama 40 minit menggunakan api sederhana.


Saturday 29 September 2012

MEE GORENG


MEE GORENG
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
Isi ayam - dipotong dadu
1 mangkuk udang - saiz ikut suka
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap pekat masin
2 sudu makan kicap pekat manis
2 pokok sawi - dipotong 1 inci

Bahan tumbuk lumat:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan wangi. 
  3. Masukkan isi ayam dan udang. Gaul rata.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga ayam dan udang masak.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.
  6. Masukkan sawi dan mee. Gaul rata hingga mee masak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



SAMBAL GORENG

SAMBAL GORENG
Bahan-bahannya:
Kacang panjang - potong serong nipis dan digoreng hingga layu
3 biji kentang - dikupas, dibelah dua dan dibelah dua lagi dan dipotong nipis kemudian digoreng hingga masak.
2 biji karot - dipotong 1 inci dan dipotong mancis dan digoreng hingga layu
8 biji cili merah - dipotong serong nipis dan digoreng hingga layu
3 biji tauhu - dibelah 4 dan dipotong nipis dan digoreng hingga kekuningan
2 keping tempe - di belah 1 cm dan dipotong nipis dan digoreng hingga kekuningan
Hati dan pedal ayam - dicelur dan dihiris nipis.
Suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
Tauhu kering/ Fucuk - direndam dan dipotong 1 inci
1 mangkuk santan pekat
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan sedikit santan cair supaya menjadi pes yang pekat
3 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan kicap manis

Bahan tumbuk lumat:
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering


Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan pes asam jawa. Masukkan pedal dan hati ayam, kicap, garam dan sedikit gula. Kacau rata.
  4. Masukkan Fucuk dan semua sayuran yang telah digoreng tadi. 
  5. Masukkan santan pekat dan suun. Gaul rata hingga kuah kering.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


AYAM UNGKEP

AYAM UNGKEP
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - potong ikut suka
4 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah kari daging
4 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor

Bahan Kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih


Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau hingga terbit minyak dan bau wangi.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan hingga ayam layu sedikit.
  4. Masukkan air sekadar menutupi paras ayam. Masukkan asam gelugor. Gaul rata. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun limau purut, garam dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kuahnya pekat. Sesekali hendaklah dikacau supaya dasarnya tidak hangit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.



SERUNDING KELAPA

 SERUNDING KELAPA
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
Air asam jawa secukupnya

Bahan kisar:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan udang kering

 Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih.
  3. Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga kelapa jadi ringan dan kering. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.


NASI AMBENG


NASI AMBENG.....

Makanan istimewa masyarakat jawa terutama di negeri Johor dan Selangor. Selalunya disajikan semasa majlis kenduri-kendara dan dihidangkan di dalam dulang dan dinikmati bersama-sama dalam satu dulang oleh 4 hingga 5 orang.

Dah lama teringin nak makan nasi ambeng... tapi nak buat memang kena tunggu moodnya betul-betul datang sebab memang agak renyah terutama untuk buat serunding kelapanya.. Tapi setakat mana dapat ku tahan keinginan ini kan.. Hari ni ku gagahkan diri untuk buat nasi ambeng... Maka inilah hasilnya.

Dalam hidangan nasi ambeng yang lengkap mengandungi Nasi, ayam masak ungkep, sambal goreng, serunding kelapa, mee goreng dan ikan kering goreng. Ada juga yang memasukkan pajeri terung atau nenas, kacang panjang goreng. Yang pastinya lauk2 nasi ambeng ialah jenis yang tidak berkuah.

Friday 28 September 2012

CHOCOLATE LAVA

CHOCOLATE LAVA
Bahan-bahannya:
2 cawan dark chocolate yang dicincang - saya guna chocolate compound
12 sudu besar mentega cair
4 biji telur
6 sudu besar gula halus
6 sudu besar tepung - saya guna tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
Secubit garam


Cara-caranya:
  • Griskan acuan cupcake dan taburkan dengan sedikit gula halus. Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan mentega yang telah dicincang. Biarkan sehingga mentega cair.
  • Campurkan mentega cair dengan dark chocolate dan cairkan dengan menggunakan kaedah double-boiled. Apabila chocolate telah cair, alihkan dari api dan masukkan serbuk coklat. Kacau hingga rata. Ketepikan.

  • Pukul telur dan gula selama 3 minit menggunakan kelajuan medium.
  • Masukkan adunan chocolate tadi.
  • Masukkan pula tepung dan secubit garam, Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan yang telah digriskan .
  • Masukkan ke dalam freezer selama 5 minit.
  • Setelah cukup 5 minit, keluarkan dan terus bakar di dalam oven selama 11 minit. Kek ini tidak boleh dibakar melebihi 15 minit.
  • Keluarkan dari oven, biarkan selama 3 minit dan bolehlah dinikmati.



Thursday 27 September 2012

ASAM PEDAS DAGING TETEL


ASAM PEDAS DAGING TETEL
Bahan-bahannya:
600g daging tetel - direbus hingga empuk

2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 sudu teh halba campur
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kari daging
3 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
1 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara Masak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai,  bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan air rebusannya sekali. 
  3. Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
  4. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.



Thursday 20 September 2012

AIR ASAM

AIR ASAM
Bahan-bahannya:
2 sudu makan asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air masak, sedikit garam dan serbuk perasa. Buang biji asam jawa.

2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
2 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong nipis
2 biji cili merah - dipotong nipis
2 biji cili merah - ditumbuk lumat
1 sudu makan sos cili

 Cara membuat:

  1. Tumbuk cili merah hingga lumat.
  2. Masukkan bawang besar dan cili merah potong dan dilenyek2 dengan anak lesung.
  3. Masukkan buah tomato hiris, juga dilenyek-lenyek dengan anak lesung.
  4. Masukkan semua bahan ke dalam bancuhan air asam jawa tadi dan gaul rata. 
  5. Siap untuk dinikmati.


DALCA TOMATO

DALCA TOMATO
Bahan-bahannya:
1 cawan kacang dal - dicuci dan direbus hingga kacang empuk dan pecah-pecah sedikit (Jangan sampai kacang hancur sangat ye. Ada biji2 nya tu yang sedap)

7 biji buah tomato - dibelah dua. (Pilih buah tomato yang mengkal dan jgn ranum sgt)
2 tangkai daun kari
1 sudu makan biji sawi
5 biji cili kering - dicuci dan dipontong2 pendek 1/2 cm

Bahan tumbuk lumat:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

 Cara masak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis biji sawi dan daun kari.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan cili kering potong. Tumis hingga bawang kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan kacang dal yang telah direbus tadi.
  4. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  5. Masukkan buah tomato. Gaul rata. Tudung periuk dan sesekali kacau dengan senduk hingga tomato layu dan agak berair. (Tak perlu masukkan air kerana tomato sendiri sudah berair).
  6. Siap untuk dihidangkan.


NASI IKAN TONGKOL

NASI IKAN TONGKOL
Bahan-bahannya untuk ikan goreng:
1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dan dipotong2
Garam
Kunyit serbuk

Bahan tumbuk lumat:
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Lumurkan ikan dengan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng ikan menggunakan api yang sederhana hingga masak. Angkat ikan dan ketepikan. Simpan minyak gorengan ikan ni untuk masak nasi.

Bahan-bahan untuk Nasi:
4 cawan beras
sedikit garam
1 rempah sup bunjut adabi
2 batang serai - dititik

Bahan tumbuk lumat:
3 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar
1 inci halia

Cara masak:
  1. Cuci beras hingga bersih. Masukkan air secukupnya. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu makan minyak gorengan ikan tadi, tumis bahan tumbuk, sup bunjut dan serai hingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan bahan tumisan bawang ke dalam periuk nasi yang berisi beras tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
  4. Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak.
  5. Hidangkan dan nikmati dengan ikan tongkol goreng tadi, dalca tomato dan air asam.


Friday 14 September 2012

KEK ORANGE

Hi! Kawan-kawan... Ha,,, jangan terkejut ye... Baru nak berjinak-jinak dengan membaking kek.. Hasilnya memanglah tidak begitu memuaskan. Tapi sebagai permulaan, bolehlah... Cuba-cuba juga untuk mendeko kek... Hahaha.. macam lukisan budak2 sekolah aje kan? 

Apa-apapun, jom! kita semak2 resepi kek orange saya kali ni.

 KEK ORANGE
Bahan-bahannya:
500g telur
240g gula kastor
250g tepung naik sendiri
100 ml air
26g ovelette
120g mentega cair/ minyak jagung
2 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil perisa orange emalco

 Cara Membuat:

  1. Griskan acuan dengan mentega kemudian ditabur dengan tepung gandum hingga rata. Buang lebihan tepung dengan menghentak perlahan acuan secara terbalik. Ini supaya kek tidak lekat pada acuan apabila hendak dikeluarkan nanti.
  2. Pukul telur, gula, tepung, esen vanila dan ovelette dengan kelajuan tinggi hingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan mentega cair/ minyak jagung dan gaul rata.
  4. Masukkan perisa orange emalco dan gaul rata.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 45 - 60 minit dengan suhu 180'C atau hingga masak. (Cucuk lidi ke dalam kek. Jika lidi keluar dengan bersih, bermakna kek sudah masak).
  6. Bila sudah masak, keluarkan acuan dari oven dan terbalikkan acuan di atai redai kek supaya kek tidak jatuh semula apabila sudah sejuk. Biarkan kek dan acuan dalam keadaan itu sehingga kek sejuk.
  7. Keluarkan kek dari acuannya, potong kepada dua bahagian, lapisi dengan orange fillings dan letakkan semula bahagian atas kek dan hias dengan topping cream yang telah dipukul gebu.. 


IKAN SIAKAP KUKUS BERSAMBAL

IKAN SIAKAP KUKUS BERSAMBAL
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap
1/4 inci halia - dihiris mancis
3 helai daun salam - (saya gantikan dgn daun limau purut yg dihiris halus)
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - dititik
1 sd makan cili kisar
Garam & gula
Daun pisang & aluminium foil
Minyak masak

Bahan kisar:
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 sd mkn udang kering

 Cara masak:

  • Panaskan kuali, tumis bahan kisar, 2 batang serai, daun salam ( daun limau purut yang dikoyak-koyakkan) dan cili kisar hingga bangkit bau.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan sambal masak. Tutup api dan ketepikan.


  •  Bentang daun pisang di atas aluminium foil.
  • Letak ikan di tengah-tengah. Taburkan daun salam (daun limau purut), serai, hirisan halia dan daun kunyit.
  • Sapu sambal ke seluruh ikan.
  • Balut daun pisang dan balut aluminium foil kemas-kemas. 
  • Masak dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. (Boleh juga nak guna magic pan atau kuali yg bertutup)
  • Sedia untuk dihidangkan.


Tuesday 11 September 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS-PETAI

 SAMBAL TUMIS IKAN BILIS-PETAI
Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar - dimayang nipis
Petai - dibelah dua (tujuannya supaya kita tahu ada ulat atau tidak dlm petai tu..)
2 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong kasar)
5 sudu makan cili kisar
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Segenggam ikan bilis

 Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar yang dimayang nipis hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan agak garing. 
  3. Masukkan petai, goreng sebentar. Masukkan ikan bilis. Kacau sebentar.
  4. Masukkan santan, bawang besar mayang kasar, asam gelugor, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Masak hingga santan mendidih dan masak sebentar lagi hingga terbit bau petainya. Siap untuk dihidangkan.


AYAM MASAK KICAP BLACKPEPPER

AYAM MASAK KICAP BLACKPEPPER
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - garam kunyitkan dan goreng hingga masak
4 sudu makan kicap pekat masin
1 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - potong dua kemudian hiris memanjang

Bahan Tumbuk lumat:
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan lada hitam biji - (boleh diganti dengan serbuk lada hitam)

 Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan kicap, sedikit air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Masukkan ayam goreng, bawang besar dan cili merah. Gaul rata hingga bawang dan cili layu. Sedia untuk dihidangkan.