Wednesday 27 June 2012

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-REBUNG

GULAI LEMAK CILI API TELUR AITIK-REBUNG
Bahan-Bahannya:
5 biji telur itik - dicuci bersih
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugor
Rebung jeruk - dihiris
2 helai daun kunyit - diracik

Bahan Tumbuk:
2 inci kunyit hidup
Segenggam cili api


Cara Masak:

  1. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga menggelegak.
  2. Masukkan santan cair dan rebung. Masak lagi hingga menggelegak dan rebung nampak lembut.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Perlahankan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji di tempat yang berlainan dalam periuk. Siramkan telur dengan kuah yang menggelegak tu hingga nampak agak masak.
  5. Masukkan santan pekat, asam gelugor dan daun kunyit. Kacau  sentiasa dengan berhati-hati  supaya santan tidak pecah lemak dan telur tidak hancur hingga mendidih. Rasa garamnya. Jika kurang masin tambah lagi sedikit garam.
  6. Sedia untuk dihidang.


Sunday 24 June 2012

HOT CHOCOLATE


 HOT CHOCOLATE
Bahan-Bahannya:
3 sudu makan serbuk coklat - boleh guna apa2 jenama seperti Van Hauton, kalau dah tak ada sgt, boleh je guna milo atau ovaltine...
1 cawan susu segar (saya guna susu UHT Dutch Lady Low Fat)
1 sudu makan gula perang
1 atau 2 petak cooking chocolate tak manis - (kalau guna cooking chocolate yg manis, tidak perlu masukkan gula perang. Nanti terlalu manis pulak)

Cara memasak:

  1. Panaskan susu yang dicampur gula perang - Jangan sampai mendidih, cukup hanya panas aje dan gula boleh larut.
  2. Masukkan ke dalam cawan, masukkan serbuk coklat. Kacau rata.
  3. Cairkan cooking chocolate menggunakan kaedah double boiled.
  4. Masukkan ke dalam campuran susu dan kacau rata.
  5. Kali ni saya hiaskan menggunakan wipping cream yang dah dipukul gebu dan tabur dengan serbuk milo. Sedia untuk dinikmati.

Saturday 23 June 2012

POPCORN

Jom!! Kawan-kawan.. Kita buat popcorn sendiri. Mudah aje tau. Dah tau ni, bila-bila masa teringin, bolehlah masak sendiri.

 Ini jagung kering yang saya gunakan. Saya buat setengah bungkus aje.

 Panaskan 1 sudu makan butter dan 2 sudu makan minyak masak. Cairkan...

 Bila minyak dah cair, masukkan jagung dan ratakan pada dasar periuk. 
Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan hingga berhenti bunyi "pop" dalam periuk.

 Bila dah berhenti bunyi "pop", segera keluarkan jagung.

Dalam periuk lain (periuk kecil cukup dah), panaskan 1 sudu makan butter dan 4 - 5 sudu makan gula (ikut banyak mana popcorn anda). Kacau sentiasa hingga terbentuk karamel.  Segera taburkan di atas popcorn tadi dan cepat-cepat gaul rata. (Hati-hati kerana karamel ni panas, Jangan sampai kena tangan..)
Dah siap.... Mudahkan?

Friday 22 June 2012

GULAI LEMAK CILI API DAGING SALAI

GULAI LEMAK CILI API DAGING SALAI
Bahan-Bahannya

Daging - dihiris nipis-nipis supaya mudah masak apabila disalai, dilumur dengan garam dan
              kunyit. Salai atau panggang hingga masak. Angkat dan rehatkan sebentar 
              (10 - 15 minit) supaya air daging meresap masuk ke dalam daging. Kemudian hiris 
              nipis-nipis (tapi jangan nipis sangat). Ke tepikan.
Santan pekat
Asam keping/asam gelugor
Kentang - dipotong baji.
3 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api - Ikut kepedasan yang dihajati.
2 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan segelas air ke dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan sehingga menggelegak.
  2. Masukkan kentang. Masak lagi hingga kentang agak empuk.
  3. Masukkan daging salai yang dihiris tadi. Masak lagi hingga menggelegak dan kuah agak berubah warna.
  4. Masukkan asam gelugor dan santan. (Kalau rasa santan terlampau pekat, boleh tambah sedikit air tapi jangan terlalu cair). Kacau selalu supaya tak pecah lemak.
  5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebentar. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Thursday 21 June 2012

AYAM MASAK KICAP CENDAWAN CINA

AYAM MASAK KICAP CENDAWAN CINA
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
6 kuntum cendawan cina kering - direndam hingga lembut
6 sudu makan kicap lemak masin
1/2 keping asam gelugor


Bahan Hiris Nipis:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Dalam kuali, tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, biar ayam layu sedikit.
  3. Masukkan kicap, gaul rata.
  4. Masukkan air hingga menutupi paras ayam. Gaul rata.
  5. Masukkan cendawan dan asam gelugor. Biar hingga ayam masak dan kuahnya pekat.
  6. Masukkan sedikit serbuk perasa. Tak perlu masukkan garam sebab kicap sudah masin.
  7. Sedia untuk dihidang.

GULAI DAGING BATANG PISANG


Di sebelah utara semenanjung ni memang popular dengan gulai batang pisang ni terutama sewaktu kenduri-kendara. Mula-mula dengar dulu, rasa pelik juga orang buat lauk batang pisang ni.. Tapi bila dah makan sekali, wow!!! memang sedap, Nak pulak ada sambal belacan. Dulu Cik Suami pun tak mau makan, jadi bila teringin nak makan tu, beli aje lah kat mana2 kedai makan yang ada jual.. sekali hari tu, dia pi kenduri belah Baling sana, ada lauk ni kot.. Balik-balik je tanya, "Ani reti tak masak gulai daging batang pisang?" Terkejut gak saya.. hahahaha... baru tau penangan Gulai Batang Pisang ni ye... Anak lelaki saya pun sekarang dah suka makan lauk ni. Ok, Jom! Kita jenguk-jenguk resepinya. 


GULAI BATANG PISANG
Bahan-bahannya
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam. (Orang tua2 kata, seelok2nya guna batang pisang hutan atau batang pisang awak)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kesrisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging.
  4. Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak lagi sebentar. Sedia untuk dihidangkan.


** Masakan ini tidak memerlukan santan yang banyak sebab kuahnya perlu cair aje.


OK YE... SELAMAT MENCUBA....

Wednesday 20 June 2012

APAM BALIK

Jom! Kita buat apam balik yang rasanya macam yang dijual di pasar-pasar malam. Terima kasih kepada teman yang sudi share resepi ini. Rupanya mudah aje nak buat apam balik ni. Jom! Kita semak resepinya.

 APAM BALIK
Bahan-bahanya:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Sedikit mentega/ planta untuk mengoles kuali - saya guna non-stick pan, jadi saya tak guna planta ni.

Bahan Tabur:
Sedikit gula
Kacang tanah kisar
Jagung krim tin
Cara membuat:
  1. Putar gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan baking powder, soda bikarbonat, air dan pewarna kuning. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung. Putar sebati. Ketepikan.
  4. Oleskan sedikit planta pada permukaan kuali. Tuang 1 senduk adunan tadi dan nipiskan menggunakan belakang senduk.
  5. Biarkan seketika hingga tepung berbuih-buih. 
  6. Taburkan gula, kacang tanah dan sudukan sedikit jagung krim.
  7. Biar masak, angkat dan lipat dua. Sedia untuk dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA YE....

Sunday 17 June 2012

APAM AIS KRIM

 APAM AIS KRIM
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula - saya guna 1 1/2 cawan je
1 cawan ais krim soda (air gas)
1 sudu mkn ovelette
pewarna dan perasa (ikut kegemaran)

Bahan topping:
Coklat masakan
Chocolate rice
 Cara-caranya:

  1. Pukul telur hingga kembang, putih dan gebu
  2. Masukkan ovelette dan gula, pukul lagi hingga rata.
  3. Masukkan tepung dan ais krim soda secara berselang-seli sambil terus dipukul sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa warna.
  5. Masukkan dalam acuan
  • kertas yang dibentuk kon dan diselotepkan dan didirikan dalam cawan dadih
  •  tiap satu cawan ada 4 kon.
  • atau kalau tak mau guna cawan, letak pada lubang2 pada periuk kukus, tapi gunakan ketiga3 tingkat periuk kukus dan periuk tingkat atas yg diletakkan kon, supaya kertasnya tak basah. (Jgn tutup semua lubang periuk ye.. Nanti haba tak sampai atas)
  •  Cawan2 ini akan dimasukkan dalam periuk kukus
  • Isi adunan 3/4 penuh sahaja sebab adunan akan naik bila dikukus, pastu nanti nak bubuh topping lagi
  • Nak mudah masa mengisi adunan, paipkan je. Kalau takde piping bag, boleh guna plastik bungkus makanan yg digunting satu bucunya.
     6.  Kukus selama 15 - 20 minit. Angkat dan biarkan sejuk.
     7. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiling. Sudukan coklat ke atas apam.
     8.  Taburkan coklat rice. Biarkan coklat beku. Bolehlah dihidangkan.


Saturday 16 June 2012

AYAM MASAK MERAH RINGKAS

AYAM MASAK MERAH RINGKAS
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - bubuh garam kunyit dan goreng hingga masak
4 sd mkn cili kisar
3 sd mkn sos cili
3 sd mkn sos tomato
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong 3, pastu hiris memanjang

Bahan Tumbuk:
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
 Cara Memasak:

  1. Dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya, gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau hingga bawang dan cili agak layu.
  6. Perlahankan api, masukkan ayam goreng. Gaul hingga kuah menyaluti ayam.
  7. Padam api dan sedia untuk dihidangkan.



ASAM PEDAS IKAN TENGIRI

 ASAM PEDAS IKAN TENGIRI
Bahan-bahannya:
5 keping isi ikan tengiri
3 senduk sayur cili kering kisar
3 cawan air asam jawa dari 1 sd mkn asam jawa - (kalau nak kuah lebih boleh tambah air)
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan - hiris nipis
Kacang bendi - (ikut suka nak banyak mana)
2 sd teh halba campur

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1- 2 biji bawang besar

 Cara memasak:

  1. Panaskan 1 senduk sayur minyak dalam periuk. 
  2. Tumis bahan tumbuk, cili kisar dan halba campur hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, ikan. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan kacang bendi.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar. Sedia untuk dihidangkan.


PAU ISTIMEWA

 INTI PAU
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong kecil-kecil
4 biji kentang - potong dadu
5 sd mkn rempah kari daging - campur dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2 pelepah daun kari
2 cawan santan
1/2 keping asam gelugor

Rempah tumis:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan rempah tumis. Kacau hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk. Tumis lagi hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari, tumis lagi hingga pecah minyak dan kari masak.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. 
  5. Masukkan kentang, santan (kalau rasa pekat sangat, tambah sedikit air). Biarkan mendidih.
  6. Masukkan asam gelugor, garam dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kentang empuk dan kuahnya pekat. Tutup api dan sejukkan inti.
 PAU
Bahan-bahannya:
500 g tepung pau
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air suam
1 peket yis mauripan (11g)
1/4 cawan minyak jagung
 Cara membuat:

  1. Gaul tepung dengan yis hingga rata.
  2. Larutkan gula dalam air suam.
  3. Masukkan minyak ke dalam tepung berselang-seli dengan air gula.
  4. Gaul dan uli tepung sehingga tepung tidak lagi lekat pada tangan dan pada besen.
  5. Rehatkan adunan dalam 10 - 15 minit (tutup besen)                                                                                  

     6.  Bulat-bulatkan adunan  sebesar penumbuk. Gelek membulat setebal 1 cm. Masukkan
          inti ke dalam mangkuk aluminium atau mangkuk tahan panas.
     7.  Letak mangkuk berisi inti di tengah-tengah adunan leper tadi. Tutup tepung dengan
          melekatkan atasnya sehingga membaluti mangkuk.
     8.  Letak atas kertas yang dipotong bulat.
     9.  Rehatkan lagi dalam 30 - 40 minit dalam bekas bertutup (Letak jarak-jarakkan sikit
          sebab adunan akan mengembang). (masa ni adunan memang gebu habis)
    10. Didihkan air di dalam pengukus. Bila air dah mendidih, kukus pau selama 10 minit je.
          (Jangan kukus lama-lama, nanti pau tak cantik). Seelok-eloknya, balut penutup kukus
          dengan kain supaya air wap tak menitik atas pau)



Friday 15 June 2012

TELUR GORENG DADAR

TELUR GORENG DADAR
Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam
1 biji cili merah - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah.

Cara:
Di dalam mangkuk, gaul sebati semua bahan dengan menggunakan garfu.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Masukkan adunan telur ke dalam kuali, masak menggunakan api yang perlahan aje.
Bila bawah telur sudah kekuningan, terbalikkan telur. Biar hingga masak. Bolehlah dihidangkan.

TOMYAM AYAM

 TOMYAM AYAM
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 inci lengkuas - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
3 sd mkn pes tomyam
1 biji limau nipis - (optional jika pes tomyam tak cukup masam)
5 biji cili api - dititik
bunga kobis
karot merah
putik jagung
Tomato - di potong dadu.
daun sup


Cara memasak:

  1. Didihkan air dalam periuk. (kuantiti air ikut banyak mana sup tomyam yang anda mahu)
  2. Masukkan lengkuas, serai dan bawang besar. Biarkan mendidih lagi.
  3. Masukkan ayam. Biarkan mendidih, masukkan pes tomyam. Gaul rata. Biarkan ayam masak.
  4. Masukkan sayur-sayuran, cili api, daun limau purut dan tomato. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam, serbuk perasa dan daun sup. Kalau nak guna sos ikan pun boleh utk menggantikan garam. Masak sebentar dan boleh lah tutup api.

Thursday 14 June 2012

ROTI JALA-SERAWA DURIAN


ROTI JALA
Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 sd kecil garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara:
Blend semua bahan. Lengserkan sedikit minyak pada non-stik pan. Kirai adunan. Biarkan masak, angkat dan gulung kemas. Ulang hingga adunan habis.


SERAWA DURIAN
Bahan2nya:
Sebiji durian
3 cawan santan
1 cawan gula melaka
2 helai daun pandan - dipintal
sedikit garam.

Cara:
Masak semua bahan hingga gula larut dan serawa mendidih. Sedia untuk dihidang.

Monday 11 June 2012

PAVLOVA

PAVLOVA
Bahan
4 biji putih telur
1 cawan castor sugar powder (ayak) - saya guna 1/2 cawan je. Guna gula 
                                                      biasa yang dikisar kering halus pun 
                                                      boleh.
1 sd makan tepung jagung
1sdt cuka
1sdt vanila essen
semangkok fresh cream (ready made)


Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 130 darjah.
  2. Putar (whisk) putih telur hingga kembang /gebu (softpeak).
  3. Masukkan gula sesudu-sesudu hingga habis dan menjadi meringue (bila terbalik tidak jatuh adunan)
  4. Masukkan esen vanila dan putar seketika
  5. kemudian rasa dengan jari kalau dah smooth adunan dan tidak berpasir angkat.
  6. Masukkan tepung jagung yang di ayak dan cuka, kaup dan balik hingga sebati.
  7. Letakkan adunan atas kertas minyak, letak cara bulat 18cm lebar kemudian bakar dalam 1 jam.
  8. Bila sudah masak, JANGAN terus keluarkan dari oven, buka pintu oven dan biarkan pavlova sejuk perlahan2 di dalam oven. Biarkan pavlova benar-benar sejuk sebelum dihias dengan cream.

HIASAN
keluarkan fresh cream dari freezer dan putarkan dengan mode kelajuan maksima sehingga menjadi cream. sapukan atas permukaan pavlova dan susun buah-buahan segar ikut kegemaran (seeloknya buah-buahan yang ada rasa masam2 sikit untuk seimbangkan dengan rasa manis pavlova).


Friday 8 June 2012

TUMIS PUCUK PAKU

 TUMIS PUCUK PAKU
Bahan:
1 cekak pucuk paku
2 sudu makan udang sayur
1/2 cawan air

Bahan Tumbuk:
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang sayur dan air. Kacau hingga udang masak.
  3. Masukkan pucuk paku, garam dan sedikit perasa. Kacau rata hingga pucuk paku masak. Siap untuk dihidangkan.


KARI IKAN BAWAL

KARI IKAN BAWAL
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal saiz besar - potong ikut sesuai
1 mangkuk santan
1 sudu makan halba campur
3 tangkai daun kari
4 sudu makan serbuk kari ikan
2 biji cili hijau muda - dipotong2 1 inci panjang
Sedikit air asam jawa
Kacang bendi
2 biji tomato - dibelah 2


Bahan hiris:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara memasak:
  1. Tumis bahan hiris, halba campur hingga wangi.
  2. Masukkan paste kari ikan, cili hijau dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.
  3. Masukkan air asam jawa, santan, garam dan serbuk perasa.
  4. Bila sudah mendidih masukkan ikan, bendi dan tomato.
  5. Masak lagi dalam 10 minit. Siap



** Untuk memasak kari ikan, saya lebih suka memasak di dalam kuali supaya mudah untuk saya mengacau dengan sudip. Ikan pun tidak hancur... :))