Thursday 31 January 2013

TUMIS KUCAI-TAUGEH-TAUHU

TUMIS KUCAI-TAUGEH-TAUHU
Bahan-bahannya:
1 ikat daun kucai - dibersihkan dan dipotong 1 inci
50 sen taugeh
3 keping tauhu - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris serong
Sedikit udang sayur

Bahan hiris
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan hiris hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan udang sayur dan sedikit air. Biarkan air mendidih.
  4. Masukkan semua bahan sayuran, garam. Gaul rata hingga sayur masak.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


IKAN KUKUS TOMYAM

IKAN KUKUS TOMYAM
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan siakap/kerapu
2 sudu makan paste tomyam - (jika tiada paste tomyam, boleh gunakan 2 kiub tomyam knorr + 4 sudu makan air suam, jadikan paste)
2 batang serai - dititik
5 biji cili padi - dititik
5 helai daun limau purut - disiat sikit

1 inci halia - dihiris
1 pokok daun bawang - dipotong 1 inci
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak masak
1 biji tomato - dipotong bulat
kepingan nenas (jika suka)

Cara-caranya:
  1. Bersihkan ikan dan lumurkan paste tomyam ke seluruh ikan.
  2. Taburkan halia, daun limau purut, cili padi dan serai ke atas ikan.
  3. Siram kicap cair dan minyak masak ke atas ikan.
  4. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
  5. Susun tomato dan nenas di tepi ikan.
  6. Kukus selama 12 - 15 minit.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Friday 25 January 2013

IKAN PEKASAM GORENG

IKAN PEKASAM GORENG
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah / 2 biji cili kering - hiris nipis
2 biji limau kasturi

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng ikan pekasam hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah dan bawang besar. Kacau sentiasa hingga bawang dan cili layu.
  4. Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
  5. Sedia untuk dinikmati. (Apabila nak di makan, perahkan limau kasturi.. )


KOBIS GORENG

KOBIS GORENG
Bahan-bahannya:
1/4 biji kobis
1 biji cili merah - dihiris serong
sejemput ikan bilis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
garam

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. 
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan ikan bilis hingga wangi.
  3. Masukkan kobis, cili merah dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga kobis layu dan masak. (Tak perlu masukkan air)
  4. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Wednesday 23 January 2013

KACANG PANJANG GORENG TELUR

KACANG PANJANG GORENG TELUR
Bahan-Bahannya:
1 cekak kacang panjang - potong 2 inci panjang
1 biji telur
1 biji cili merah - dihiris serong
1/2 cawan air
garam

Bahan dihiris nipis:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak.
  2. Tumis bahan hiris hingga wangi.
  3. Masukkan kacang panjang, cili merah dan air. Gaul rata hingga kacang empuk.
  4. Masukkan garam. Gaul rata.
  5. Pecahkan telur. Biarkan 2 saat baru digaul rata.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


AYAM ROSE

AYAM ROSE
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - digaram kunyit dan digoreng hingga masak

4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar - dihiris bulat
4 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap manis
2 biji tomato - dibelah 4
1 sudu teh cuka makan
1 batang serai - dititik
1 cawan air
sedikit serbuk perasa
garam

Bahan Tumbuk Lumat:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan wangi.
  4. Masukkan kicap, sos tomato dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan bawang besar, ayam goreng. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan buah tomato. Gaul rata. 
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Thursday 17 January 2013

PUDING KARAMEL

Ermmmm!!! Lama dah bercuti dari memasak dan kongsi resepi dengan kawan-kawan semua. Rindu rasanya... Bila dah lama tak mengasap dapur ni, bila nak mula rasa macam dah tak tau nak mula kat mana.. hihihi... Tapi rindu punya pasal, hari ni saya mulakan dengan memasak resepi yang ringkas dan mudah. Ini dia, Puding Karamel... antara kuih kegemaran keluarga saya... Jom! Kawan-kawan, kita semak resepinya.. 

PUDING KARAMEL
Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 - 2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

A.

  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 7 inci)
  3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
  4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).

B.

  1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender. 
  2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
  4. Kukus selama 30 - 40 minit. 
  5. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.