Sunday 30 November 2014

MASAK LEMAK CILI API UDANG-NENAS

MASAK LEMAK CILI API UDANG-NENAS
Baha-Bahannya:
300 g udang - sederhana besar (nak guna saiz besar pun boleh)
1 biji nenas muda - saiz kecil
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan pekat

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah - saiz sederhana

Cara Memasak:

  1. Masukkan bahan tumbuk, nenas, serai dan santan ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api sedehana. Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan udang, garam dan sedikit serbuk perasa.
  4. Masak lagi dalam 5 minit.
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidang.


Tuesday 25 November 2014

BUTTERMILK PANCAKE GEBU

BUTTERMILK PANCAKE GEBU
Bahan-Bahannya:
1 cawan buttermilk
2 sudu besar mentega
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

Cara Membuat Buttermilk:
Campurkan 1 cawan susu segar/ susu fullcream Dutch Lady dan 1 sudu besar cuka makan. Kacau rata. Rehatkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Cara-cara Membuat Pancake:

 Masukkan mentega, gula dan telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau dengan laju menggunakan wisker sehingga sebati.

 Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, garam dan buttermilk.
Kacau rata. JANGAN terlebih pukul.
Rehatkan selama 5 minit.

 Menggunakan non-stick pan dan api sederhana perlahan, masukkan 1/4 cawan adunan pancake.
(Jika menggunakan kuali biasa, boleh oleskan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan pancake)
Biarkan sehingga terdapat gelembung-gelembung udara pada permukaan pancake.

 Terbalikkan pancake. Biar sehingga pancake masak.

 Satu adunan ni saya dapat 6 keping pancake.
Boleh terus makan begitu sahaja
ATAU

 Sapukan dengan jem kegemaran

ATAU

tuangkan sedikit madu ke atasnya...

Thursday 13 November 2014

KEK PANDAN KUKUS


KEK PANDAN KUKUS
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 cawan gula
1cawan minyak masak
1/4 cawan air daun pandan - (5 helai daun pandan dikisar dan ditapis airnya)

Cara-caranya:
  1. Didihkan air kukusan.
  2. Sambil menunggu air kukusan mendidih, ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  3. Kisar telur, gula, minyak masak dan air pandan menggunakan speed maksimum hingga kembang. (lebih kurang 10 - 15 minit).
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikisar menggunakan speed paling perlahan sehingga sebati.
  5. Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak . Masukkan adunan tadi.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. (Pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.)
  7. Bila kek sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.
  8. Sedia untuk duhidangkan.


Tuesday 11 November 2014

APAM SUSU


APAM SUSU
Bahan-Bahannya:
4 biji telur (saya guna 5 biji telur saiz B)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besat ovellete
1 cawan gula halus -(saya guna 3/4 cawan)
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum - (saya ayak dulu)

Cara-caranya:
 Masukkan telur, esen vanilla, ovellete, gula

 Pukul guna speed maksimum sehingga kembang.
Ini belum kembang lagi ye...

 Ini sudah kembang, gebu dan putih...

 Masukkan susu, pukul rata.
Masukkan pula tepung dan pukul rata...

 Bahagikan adunan tepung kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan masing-masing..
Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak.
Letak sesenduk adunan di bahagian tengah-tengah loyang..

 Lapiskan dengan warna adunan yang kedua..

 Lapiskan pula dengan warna adunan yang ketiga..

 Ulang kerja-kerja melapis sehingga habis semua adunan tepung..



 Nak bagi cantik lagi, saya lorekkan menggunakan lidi satay..
Dari bahagian tengah tarik lidi ke bahagian tepi.. 
Bersihkan lidi menggunakan tisu setiap kali sebelum membuat lorekan yang baru dan ulang kerja melorek . (Lorek kepada beberapa bahagian yang sama besar saiznya)
Kemudian lorek di antara dua lorekan tadi dari bahagian tepi ke bahagian tengah loyang.. 
Ulang hingga habis.

 Kukus sehingga apam masak iaitu selama 45 minit.
(Pastikan air kukusan sudah dididihkan dahulu sebelum mengukus apam.)

 Setelah masak, sejukkan baru dikeluarkan dari loyang..

TARRAAAAA....