Friday 17 April 2015

URAP DAUN PEGAGA

URAP DAUN PEGAGA
Bahan-Bahannya:
300 g pegaga segar
1 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
3 biji cili api
1 sudu makan udang kering
2 ketul isi cekur
2 helai daun cekur – dibersihkan dan dihiris halus
½ biji kelapa parut (ambil bahagian putihnya sahaja)

Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1.       Sayur pegaga dibersihkan dan ditus airnya. Hiris kecil (lebih kurang 1 cm) bersama dengan batang-batangnya sekali. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2.       Tumbuk bawang putih, bawang besar, cilia pi, udang kering, isi cekur, garam dan gula hingga halus.
3.       Masukkan kelapa parut dan tumbuk-tumbuk manja hingga semua nampak sebati.
4.       Masukkan semua bahan tumbuk dan daun cekur ke dalam mangkuk berisi daun pegaga tadi. Gaul rata.
5.       Hidangkan.


Thursday 16 April 2015

UDANG MASAK SERAI

UDANG MASAK SERAI
Bahan-Bahannya:
500 g udang saiz sederhana - Nak guna yg saiz besar pun boleh. (Lagi sedap.. haha)
1 mangkuk santan
4 sudu makan cili kering kisar
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili merah - potong dua dan hiris kulitnya memanjang

Bahan Kisar Halus:
4 batang serai - dihiris halus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cm halia

Cara-Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukk bawang besar dan cili merah. Masak hingga separuh lembut.
  5. Masukkan udang. Masak dalam 5 minit.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. 
  7. Tutup api dan hidangkan.