Wednesday 25 December 2013

ROTI TIKAR

ROTI TIKAR
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan - (saya guna 1 cawan santan pekat + 2 cawan air)
1 1/2 sdt garam
1 biji telur
pewarna (saya guna hijau epal dan pink)

Cara-caranya:

  • Campurkan semua bahan, gaul rata.
  • Masukkan ke dalam blender, kisar sebati.
  • Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dititiskan dengan warna hijau. Kacau sebati. Satu bahagian lagi dititiskan dengan warna pink. Kacau sebati.
  • Masukkan adunan tadi ke dalam botol acuan roti tikar.


  •  Panaskan kuali. Guna api perlahan. Kalau guna kuali biasa, oleskan sedikit minyak masak pada kuali. (Saya guna non-stick pan)


  •  Tuangkan adunan supaya membentuk tikar seperti gambar di atas. Biarkan masak. (Tak perlu di terbalikkan. Cukup bila tepung di bahagian atas kering)


  •  Angkat tikar. Gulungkan.
  • Ulang langkah hingga adunan habis. (Nampak tak tikar yang semua warna pink tu? Itu kerana adunan hijaunya sudah habis... hihihi..)
  • Hidangkan roti tikar ni dengan kuah kari. Yummyyyyyyy!!!!!


Friday 20 December 2013

KUIH KETAYAP/KUIH DADAR

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.


Wednesday 18 December 2013

KUIH LOMPANG

KUIH LOMPANG
Bahan-Bahannya: (untuk 16 biji kuih)

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdm tepung ubi
1 sdt air kapur
1 cawan air

Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan C: (Dikukus sebentar)
1 cawan kelapa parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-caranya:

  1. Masak bahan B hingga semua gula larut. Sejukkan.
  2. Didihkan air kukusan. Kukus Bahan C sebentar.
  3. Campur semua bahan A. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan B yang sudah disejukkan. Gaul sebati. Tapis.
  5. Sapu sedikit minyak pada semua acuan kuih lompang.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan. 
  7. Kukus selama 10 minit. Kuih akan membentuk lompang di tengah-tengahnya.
  8. Sejukkan.Keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut.
  9. Hidangkan.


Tuesday 17 December 2013

KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG


KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG
Bahan-bahannya:
4 ekor ikan termenung/ikan kembung - dipotong dua (nak buat seekor2 pun boleh)
1 peket kecil serbuk kari ikan
1 sudu makan asam jawa
2 mangkuk taufu fa air
3/4  cawan santan pekat
3 pelepah daun kari
2 sudu teh halba campur
2 biji cili hijau - dibelah dua tapi jangan putus

Bahan Hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan hiris, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Kacau rata.
  4. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Masak sebentar lagi sehingga ikan masak.
  7. Tutup api dan hidangkan.


Monday 16 December 2013

AIS KRIM JAGUNG

AIS KRIM JAGUNG
Bahan-Bahannya:
2 cawan susu Full Cream Dutch Lady
2 sudu makan susu pekat
4 sudu makan pati jagung (saya guna pati jagung untuk buat air tu)

Cara-caranya:

  • Gaulkan semua bahan hingga sebati. Saya guna blender je. Sebab tu berbuih-buih atasnya tu. So, sila abaikan buih-buih tu ye... hahaha.


  •  Tuangkan ke dalam acuan ais krim.
  • Sejukkan semalaman atau selama 5 jam.
  • Nikmatilah bila sudah beku..
*** Nak mudah keluarkan ais krim dari acuannya, letakkan dasar dan tepi-tepi acuan tu pada aliran air paip. Macam kita nak keluarkan ais tu... Hingga kita boleh keluarkan ais krim tu lah... Apa lagi... Ais krim dah keluar dari acuan... Ngap lah... hihihi...



KUIH CARA MANIS


KUIH CARA MANIS
Bahan-Bahan A: (Digaul dlm mangkuk dulu kemudian diblender)
1 cawan tepung gamdum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
3 sudu makan minyak masak
1 1/2 cawan air daun pandan (dari 4 helai daun pandan yg dikisar dan ditapis)
Sedikit garam
Pewarna hijau

Bahan B: (Untuk Inti)
Gula pasir - lebih kurang 1/3 sudu teh bagi setiap kuih cara

Bahan C: (Untuk sapuan pada dasar loyang)
1 helai daun pandan - diikat dan dikoyak-koyakkan.
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

  1. Blend semua bahan A.
  2. Panaskan loyang. Guna api yang paling perlahan.
  3. Sapu dasar loyang dengan minyak. Pastikan tiada minyak yang bertakung pada dasar loyang.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang sehingga 3/4 penuh. (Jangan penuh-penuh sangat)
  5. Bila dasar adunan dah nampak masak, masukkan gula pasir.
  6. Tutup loyang dengan penutup periuk. Biarkan kuih cara masak sepenuhnya ( tiada lagi cecair tepung di atasnya).
  7. Keluarkan kuih cara dari loyang. Pasang-pasangkan.
  8. Ulang langkah 3 - 7 hingga adunan habis.
  9. Hidangkan.


Thursday 5 December 2013

BAYAM GORENG TUMIS

BAYAM GORENG TUMIS
Bahan-Bahannya:
1 ikat bayam
1 cawan air
7 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
garam

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan 3 sudu makan minyak. Tumis bahan tumbuk dan cili api hingga wangi.
  2. Masukkan air, biarkan mendidih.
  3. Masukkan bayam dan garam. Gaul rata hingga bayam layu.
  4. Tutup api dan hidangkan.


Monday 2 December 2013

TEPUNG TALAM

TEPUNG TALAM
Bahan-Bahannya: (Saya buat separuh dari adunan ini dan guna loyang 7 inci)

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah -dicampur dengan sedikit air, masak hingga gula larut dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara-caranya:

  1. Didihkan air dalam periuk kukus.
  2. Sementara tu, lapis loyang dengan kertas aluminium dan oleskan dengan sedikit minyak masak.
  3. Campurkan semua bahan lapisan bawah dalam besen. Kemudian tapiskan. (Saya masukkan bancuhan tepung ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga tiada gentelan tepung. Jadi tak perlu tapis dah.)

 Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Bahan Lapisan Atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Gaul semua bahan. Masukkan kedalam blender dan blender hingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana perlahan. Kacau hingga berwap.
  3. Gores permukaan lapisan bawah dengan garfu.
  4. Tuangkan bahan lapisan atas.
  5. Kukus selama 20 - 30 minit.

 Inilah rupanya bila baru masak dan masih panas.

 Ini rupanya bila sudah sejuk.

 Bila sudah betul-betul sejuk, keluarkan kertas aluminium dari loyang dan bentangkan macam ni. Jadi mudahlah nak potong kuih dan menghidangkannya.

Wallaaaaaa.....