Recent Posts

Wednesday, 18 December 2013

KUIH LOMPANG

KUIH LOMPANG
Bahan-Bahannya: (untuk 16 biji kuih)

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdm tepung ubi
1 sdt air kapur
1 cawan air

Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan C: (Dikukus sebentar)
1 cawan kelapa parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-caranya:

  1. Masak bahan B hingga semua gula larut. Sejukkan.
  2. Didihkan air kukusan. Kukus Bahan C sebentar.
  3. Campur semua bahan A. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan B yang sudah disejukkan. Gaul sebati. Tapis.
  5. Sapu sedikit minyak pada semua acuan kuih lompang.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan. 
  7. Kukus selama 10 minit. Kuih akan membentuk lompang di tengah-tengahnya.
  8. Sejukkan.Keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut.
  9. Hidangkan.


5 comments:

Fiza Lgk said...

Salam cikgu, cantik kejadian lompang ni. Berkenan kat lesung pipit tu...senang nak taruh kelapa parut. T/kasih kongsi resepi. :)

Imina Ratu said...

assalamualaikum..cikgu kenapa kuih lompang saya keras?stress rasa bila makan ia keras..

Cikgu Ani Bawok said...

Imina Ratu, mungkin bancuhan tak cukup cair kot...

acumok said...

Assalamualaikum..cikgu, kenapa kuih saya berlompang di tengah tapi tak comel..lubangnya besar sgt dan berair...kenapa ya cikgu?

acumok said...

Assalamualaikum..cikgu, kenapa kuih saya berlompang di tengah tapi tak comel..lubangnya besar sgt dan berair...kenapa ya cikgu?