Wednesday 31 July 2013

AGAR-AGAR KACANG MERAH


AGAR-AGAR KACANG MERAH
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan kacang merah - direbus hingga empuk
1 tin susu cair
20 g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
11 sudu makan gula
1 sudu teh pewarna merah

1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Masak agar-agar dengan 1 1/2 cawan air hingga agar-agar larut.
  2. Sementara itu, kisar kacang merah, pewarna merah dan susu cair hingga halus.
  3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula. Kacau hingga gula larut.
  4. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi dan garam. Sentiasa kacau hingga menggelegak.
  5. Tutup api. Masukkan agar-agar ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan dulu, baru dimasukkan ke dalam peti ais.
  6. Hidangkan.



Thursday 25 July 2013

KUIH LESUNG BATU

KUIH LESUNG BATU
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air bercampur sedikit garam
1 kotak kecil santan pekat
secubit garam
gula pasir secukupnya
Daun pisang
Loyang
Cara-caranya:

  1. Didihkan air untuk mengukus.
  2. Sementara itu lapikkan loyang dengan daun pisang.
  3. Masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak lekat di tangan dan besen menjadi bersih.
  4. Saya bahagikan kepada dua bahagian, Sebahagian dicampur dengan warna kuning dan diuli lagi hingga warnanya rata. Sebahagian lagi dicampur dengan warna pink dan diuli hingga warna rata.
  5. Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, ditekan tengahnya supaya membentuk lekuk. Susun di atas daun pisang di dalam loyang. 
  6. Ulang langkah 5 hingga habis.
  7. Masukkan gula ke dalam lubang kuih secukupnya.
  8. Masukkan secubit garam ke dalam santan pekat. Kacau hingga garam larut.
  9. Tuangkan secara berhati-hati ke dalam loyang. Pastikan santan tidak termasuk ke dalam lubang berisi gula pasir tu.
  10. Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 minit. (Bila masak, gula pasir akan cair. Jadi kuih ini adalah gabungan rasa manis, lemak dan masin)
  11. Hidangkan.


KOEY TEOW GORENG KERANG

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan-Bahannya:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
  2. Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap. 
  5. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
  6. Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
  7. Masukkan telur hancur. Kacau rata.
  8. Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.



Saturday 20 July 2013

TIMUN SUSU AIS


TIMUN SUSU AIS
Bahan-bahannya:
1 biji timun - kupas kulitnya dan potong-potong
2 sudu susu pekat
1 gelas air masak
Ais secukupnya

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan kecuali ais ke dalam pengisar. Kisar halus.
  2. Masukkan ais ke dalam gelas. 
  3. Tuang bahan kisar ke dalam gelas. 
  4. Nikmati.


SAUSAGE RANGUP

SAUSAGE RANGUP
Bahan-Bahannya:
6 ketul sosej - kali ni saya gunakan cheese sosej ayam IWANI
3 sd mkn sos cili
3 sd mkn sos tomato
1/2 sd teh garam
2 sd teh gula
6 keping kulit popia
Minyak masak
Langkah A:

  1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sosej dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejatkan.
  2. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebentar.
  3. Masukkan secubit garam dan gula. Kacau lagi hingga sos berbuih.
  4. Masukkan sosej dan gaul rata hingga sos pekat dan menyaluti sosej. Padam api.
Langkah B:
  1. Bentangkan kulit popia. Masukkan sebiji sosej dan sedikit kuahnya. Balut dengan kemas.
  2. Ulang langkah 1 hingga habis semua sosej.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Perlahankan api.
  4. Goreng sosej hingga keperangan.
  5. Angkat dan hidangkan.


FETTUCHINI CREAMY CARBONARA CHICKEN BALL

FETTUCHINI CREAMY CARBONARA CHICKEN BALL
Bahan-Bahannya:
1 bungkus Fettuchini
3 tin sos carbonara Prego (tin biru)
3 biji bawang besar - potong dadu
1 tin cendawan butang - potong nipis
1 bungkus ayam kisar
Mixed Herbs
Oregano
16 biji bebola ayam
Extra Virgin Olive Oil
Cara-caranya:

  1. Didihkan air yg byk dalam periuk.
  2. Masukkan sesudu minyak zaitun dan sedikit garam.
  3. Masukkan sebungkus fettuchini. Masa merebus ikut arahan pada bungkusan speghetti tu.
  4. Bila dah masak, toskan.
  5. Panaskan sedikit minyak zaitun dlm kuali (Extra Virgin Olive Oil). Tumis 3 biji bwg besar yg dipotong dadu hingga wangi.
  6. Masukkan daging ayam kisar. Saya beli Ayam Kisar Ramly Burger. Goreng hingga ayam masak.
  7. Masukkan bebola ayam. Kacau rata.
  8. Masukkan cendawan butang dlm tin yg dipotong nipis.
  9. Masukkan sos carbonara Prego.
  10. Masukkan 2 cawan air(saya gunakan air rebusan pasta tadi). Kalau rasa kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi. Masak hingga mendidih.
  11. Masukkan garam, mixed herbs, oregano. Gaul rata.
  12. Padam api. Masukkan fettuchini yang sudah ditoskan tadi. Gaul rata.
  13. Hidangkan.



Friday 19 July 2013

BUBUR SOM-SOM

BUBUR SOM-SOM
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
5 helai daun pandan - dipotong pendek2 dan dikisar dengan 100 ml air. Ditapis dan diambil pati pandannya.
400 ml santan pekat + 1200 ml air (apa yg saya buat ialah menjadikan air pandan + santan + air = 1700 ml)
2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata.
  2. Nyalakan api. Kacau sentiasa sehingga menggelegak dan bubur nampak berkilat.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk atau acuan yang digemari. Sejukkan.
  4. Hidangkan bersama air gula merah.

SIRAP GULA MERAH/ GULA MELAKA
Bahan-bahannya:
500 g gula merah / gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - simpulkan

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masak atas api hingga gula merah larut. Tapiskan dan sejukkan.


AGAR-AGAR KACANG HIJAU

AGAR-AGAR KACANG HIJAU
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan kacang hijau - direbus hingga empuk
1 tin susu cair
22 g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
11 sudu makan gula
1 sudu teh pewarna hijau
1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:

  1. Masak agar-agar dengan 1 1/2 cawan air hingga agar-agar larut.
  2. Sementara itu, kisar kacang hijau dan susu cair hingga halus.
  3. Bala agar-agar sudah larut, masukkan gula. Kacau hingga gula larut.
  4. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi, garam dan pewarna hijau. Sentiasa kacau hingga menggelegak.
  5. Tutup api. Masukkan agar-agar ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan dulu, baru dimasukkan ke dalam peti ais.



Wednesday 17 July 2013

BIHUN SUP GEARBOX

BIHUN SUP GEARBOX

A. SUP GEARBOX
Bahan-Bahannya:
2 batang tulang gearbox
Sedikit tulang tengkuk
400 g daging
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 sup bunjut adabi
1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza
2 jug air - bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki
Garam
Serbuk perasa
Daun sup - dipotomg halus
Daun bawang - dipotong halus
Bawang goreng

Bahan hiris nipis:
2 inci halia
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Cara-caranya:
  1. Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam. Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap.
  2. Tambah air jika perlu. Besarkan api.
  3. Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup.
  5. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api.


B. SAMBAL MERAH
Bahan-bahannya:
5 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan cuka makan
Garam
Gula

Cara-caranya:
  1. Bancuh serbuk cili, cuka dan sedikit air hingga menjadi paste.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bancuhan cili hingga pecah minyak. Guna api yang sederhana perlahan.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  4. Masak hingga cili benar-benar masak.
  5. Tutup api dan hidangkan.

Cara Membuat Bihun Sup:
  1. Rendam bihun hingga lembut.
  2. Didihkan air.
  3. Masukkan bihun, masak hingga bihun lembut dan boleh diputuskan dengan jari. (Jangan masak hingga bihun menjadi lembik ye..)
  4. Sejatkan bihun dan ketepikan.
  5. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sup, daging dan tulang gearbox ke atas bihun.
  7. Hiaskan dengan hirisan lobak masin dan sambal merah. Nikmatilah...
** Bihun sup ini juga enak jika dinikmati bersama sambal kicap bagi menggantikan sambal merah.



Saturday 13 July 2013

KARI AYAM BERKERISIK

KARI AYAM BERKERISIK
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong dadu
5 sudu makan serbuk kari daging - campur dengan sedikt air 
1 kotak kecil santan pekat
Air secukupnya
2 keping asam gelugor
2 sudu makan kerisik
2 pelepah daun kari

Rempah Tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan daun kari dan serbuk kari daging,tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, gaul rata. Biarkan hingga ayam layu sedikit.
  5. Masukkan air hingga menutupi paras ayam.
  6. Masukkan santan pekat, kentang dan asam gelugor. Masak hingga kentang empuk.
  7. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga ayam empuk.
  8. Tutup api. Hidangkan.


ROTI CANAI

ROTI CANAI
Bahan A:
1 kg tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur

Bahan B:
1 1/2 hingga 2 cawan air
1 sudu makan garam

Cara-caranya:

  1. Satukan bahan-bahan A hingga betul-betul sebati.
  2. Campurkan air dengan garam dan kacau hingga garam hingga larut.
  3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga membentuk doh yang lembut dan licin.
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bulat-bulatkan. Buat hingga habis.
  5. Lumurkan bebola dengan marjerin dan simpan dalam besen atau bekas bertutup, sekurang-kurangnya 2 jam.
  6. Sapukan dulang dengan minyak, tebar dan jadikan roti canai. Goreng hingga masak. 
  7. Nikmati dengan kuah kari/ kuah dal.


 Ini saya goreng separuh masak untuk dijadikan roti canai segera. Saya simpan dalam freezer.

 Ini roti empat segi.

Ini yang bulat... :)

Friday 12 July 2013

AIR ASAM BERKERISIK 2

AIR ASAM BERKERISIK
Bahan-bahannya:
1 sudu makan asam jawa
Semangkuk air masak
1 biji bawang besar - hiris nipis
2 biji tomato - hiris nipis

Bahan tumbuk:
2 cili merah - potong pendek-pendek
15 biji cili api
1 sudu makan belacan bakar
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2 sudu makan kerisik

Cara-caranya:

  1. Selepas selesai tumbuk bahan tumbuk tu, masukkan kerisik, tumbuk bagi rata.
  2. Masukkan bawang besar, tumbuk supaya bawang pecah-pecah aje,
  3. Masukkan tomato, lenyek-lenyek dengan anak lesung.
  4. Campurkan air dan asam jawa. Tapis air asam jawa.
  5. Masukkan bahan tumbuk. Gaul rata.
  6. Hidangkan.


AGAR-AGAR LUMUT

AGAR-AGAR LUMUT
Bahan-bahannya:
25g agar-agar tali - potong-potong 2 inci
800 ml air
6 helai daun pandan - dibersihkan dan potong 1 inci
600 ml air
1 cawan santan pekat - (saya guna 1 kotak kecil santan pekat M&S)
1 biji telur
2sudu teh garam
11 sudu makan gula

Cara-caranya:

  • Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
  • Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air. Tapis air pandan tadi. Perah dan buang hampas daun pandan.
  • Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih.


  • Masukkan gula, kacau hingga gula larut.
  • Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau rata.
  • Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih.
  • Tutup api. 
  • Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk.
  • Bila sudah beku, hidangkan.