Recent Posts

Thursday, 25 July 2013

KOEY TEOW GORENG KERANG

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan-Bahannya:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
  2. Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap. 
  5. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
  6. Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
  7. Masukkan telur hancur. Kacau rata.
  8. Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.



2 comments:

hero api said...

Terima kasih cikgu kongsi resepi

Aisha Rider said...

Nmpk sedap