Thursday, 21 June 2012

GULAI DAGING BATANG PISANG


Di sebelah utara semenanjung ni memang popular dengan gulai batang pisang ni terutama sewaktu kenduri-kendara. Mula-mula dengar dulu, rasa pelik juga orang buat lauk batang pisang ni.. Tapi bila dah makan sekali, wow!!! memang sedap, Nak pulak ada sambal belacan. Dulu Cik Suami pun tak mau makan, jadi bila teringin nak makan tu, beli aje lah kat mana2 kedai makan yang ada jual.. sekali hari tu, dia pi kenduri belah Baling sana, ada lauk ni kot.. Balik-balik je tanya, "Ani reti tak masak gulai daging batang pisang?" Terkejut gak saya.. hahahaha... baru tau penangan Gulai Batang Pisang ni ye... Anak lelaki saya pun sekarang dah suka makan lauk ni. Ok, Jom! Kita jenguk-jenguk resepinya. 


GULAI BATANG PISANG
Bahan-bahannya
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam. (Orang tua2 kata, seelok2nya guna batang pisang hutan atau batang pisang awak)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kesrisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging.
  4. Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak lagi sebentar. Sedia untuk dihidangkan.


** Masakan ini tidak memerlukan santan yang banyak sebab kuahnya perlu cair aje.


OK YE... SELAMAT MENCUBA....

10 comments:

Anonymous said...

Sedapnya Cikgu ooiii
Saya minta izin nak share

Cikgu Ani Bawok said...

Silakan share... saya izinkan...

Bob Kelanang said...

Pernah makan di rumah kenduri kawen...memang lazat.
Nak buat sendiri rasanye takde la jawabnye.

Bob Kelanang said...

Yq...saya nak share ke fb saya.

Bob Kelanang said...

Yq...saya nak share ke fb saya.

Bob Kelanang said...

Yq...saya nak share ke fb saya.

Anonymous said...

Terbaik..tq for the recipe. Lauk bukak posa hari ni.

Unknown said...

Thanks Cikgu Ani..saya original sabahan..kerja KL,.gulai batang pisang utara memang terbaik..nnti nak tray masak kat kampung..

Unknown said...

Klu guna batang pisang lain boleh tk ?? Cthnya batang pisang tanduk @nangka

Unknown said...

assalamualaikum, bolehkah sekiranya saya nak pinjam gambar untuk diletak difb saya. saya akan kreditkan ke blog cikgu