Recent Posts

Saturday, 16 June 2012

PAU ISTIMEWA

 INTI PAU
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong kecil-kecil
4 biji kentang - potong dadu
5 sd mkn rempah kari daging - campur dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2 pelepah daun kari
2 cawan santan
1/2 keping asam gelugor

Rempah tumis:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan rempah tumis. Kacau hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk. Tumis lagi hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari, tumis lagi hingga pecah minyak dan kari masak.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. 
  5. Masukkan kentang, santan (kalau rasa pekat sangat, tambah sedikit air). Biarkan mendidih.
  6. Masukkan asam gelugor, garam dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kentang empuk dan kuahnya pekat. Tutup api dan sejukkan inti.
 PAU
Bahan-bahannya:
500 g tepung pau
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air suam
1 peket yis mauripan (11g)
1/4 cawan minyak jagung
 Cara membuat:

  1. Gaul tepung dengan yis hingga rata.
  2. Larutkan gula dalam air suam.
  3. Masukkan minyak ke dalam tepung berselang-seli dengan air gula.
  4. Gaul dan uli tepung sehingga tepung tidak lagi lekat pada tangan dan pada besen.
  5. Rehatkan adunan dalam 10 - 15 minit (tutup besen)                                                                                  

     6.  Bulat-bulatkan adunan  sebesar penumbuk. Gelek membulat setebal 1 cm. Masukkan
          inti ke dalam mangkuk aluminium atau mangkuk tahan panas.
     7.  Letak mangkuk berisi inti di tengah-tengah adunan leper tadi. Tutup tepung dengan
          melekatkan atasnya sehingga membaluti mangkuk.
     8.  Letak atas kertas yang dipotong bulat.
     9.  Rehatkan lagi dalam 30 - 40 minit dalam bekas bertutup (Letak jarak-jarakkan sikit
          sebab adunan akan mengembang). (masa ni adunan memang gebu habis)
    10. Didihkan air di dalam pengukus. Bila air dah mendidih, kukus pau selama 10 minit je.
          (Jangan kukus lama-lama, nanti pau tak cantik). Seelok-eloknya, balut penutup kukus
          dengan kain supaya air wap tak menitik atas pau)



No comments: