APPLE PIE ALA McD
Bahan-bahannya: (boleh dapat 6 - 8 keping pie)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan shortening - (boleh juga guna mentega yg mesti dlm keadaan beku)
1 sd teh garam
1/2 cawan air sejuk
Bahan inti:
2 biji epal hijau - kupas kulit dan potong dadu
1/3 cawan gula
1/2 sd teh serbuk kayu manis
Untuk Inti:
- Campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis ke dalam kuali.
- Masak menggunakan api yang kecil hingga epal lembut.
- Lenyek 1/4 epal dengan garfu, selebihnya biar berketul. Ke tepikan.
Untuk Kulit Pie:
- Ayak tepung. Masukkan garam. Potong shortening/mentega yang masih beku.
- Gaul shortening/mentega dengan tepung menggunakan hujung jari, ramas sehingga bergentel.
- Masukkan air dan gaul dengan garfu.
- Canai atas papan. Potong panjang 8 cm dan lebar 6 cm. (macam McD punya pie lah..)
- Letakkan inti di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat. Kemudian tekan dengan garfu di sekeliling pastry agak2 setengah inci.
- Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana besar.
- Goreng pie satu persatu hingga masak dan kekuningan.
- Toskan atas tisu dapur supaya serap minyak.
- Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan semasa panas-panas.
1 comment:
Thanx for the resipi..nanti saya cuba..😊😊
Post a Comment