Recent Posts

Sunday, 22 July 2012

ROTI ARAB

ROTI ARAB
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 sd makan marjerin
1 biji telur
1 sd makan susu pekat
1 sd makan gula kastor
secubit garam
1 1/2 sd teh yis mauripan
100 ml air

 Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin hingga sebati.
  2. Masukkan marjerin . Uli hingga membentuk doh yang licin. 
  3. Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong.
  4. Gelek dengan rolling pin hingga leper. (Sambil gelek tu, taburkan tepung yang banyak supaya tidak melekat)
  5. Rehatkan sebentar supaya roti sedikit mengembang.
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Masukkan roti dan siram-siramkan minyak pada atas roti  menggunakan sudip supaya roti mengelembung, menggunakan api yang perlahan atau sederhana.
  7. Goreng hingga roti agak kekuningan, angkat dan sedia dihidangkan bersama kari ayam atau kari daging atau kuah sardin...


5 comments:

Anonymous said...

Sy dah mencuba resepi roti arab ni...alhamdulillah mmg menjadi dan sedap..t.kasih

Anonymous said...

sukatan mcm ni dpt berapa biji ye

zalina zakaria said...

Assalammualaikum.... Hai cikgu ani... Nak Tanya sikit, adunan nie boleh dapat berapa keping roti nya ?

asni said...

tq...bole cuba

Fairus Yunus said...

Tq..share resepi