Wednesday, 18 July 2012

DANGAI @ RANGIN

DANGAI @ RANGIN
Cara membuat:
Gaul 3 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja) dengan sedikit garam.

Masukkan 500g tepung pulut dan gaul rata. 
Taburkan adunan tepung ke dalam acuan dangai hingga separuh acuan. (saya takde acuan dangai, jadi saya gunakan non-stick pan. Boleh juga kalau nak gunakan acuan kuih bakar kemboja..)

Taburkan gula di atas adunan tepung seratanya..

Taburkan baki adunan tepung hingga menutupi taburan gula tadi. 

Tutup acuan, dan bakar guna api yang paling perlahan.

Bakar kuih dangai hingga dasar kuih kekuningan.. JANGAN sampai dasar kuih dangai hangus ye..

Keluarkan dari acuan dan potong ikut kegemaran.. Sedia untuk dinikmati.

Saturday, 14 July 2012

MASAK LEMAK KOBIS-KAROT

 MASAK LEMAK KOBIS-KAROT
Bahan-bahannya:
Kobis - potong kasar
1 biji karot merah - potong 1 inci, kemudian potong nipis
1 biji cili hijau - hiris serong
1 biji cili merah - hiris serong
Sejemput ikan bilis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 mangkuk taufu fa santan

Cara Masak:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak atas api, kacau selalu supaya santan tidak pecah hingga mendidih dan sayur layu. Sedia untuk dihidangkan.


SAMBAL CILI API SOTONG

SAMBAL CILI API SOTONG

Bahan-bahannya:
600g sotong - cuci dan potong cincin
1 biji bawang besar - belah dua dan hiris kasar.
1 keping asam gelugor

 Bahan Kisar:
Segenggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - hiris nipis

 Cara Masak:

  1. Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sotong selama 2 minit aje. Kemudian sejatkan.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan asam keping. 
  4. Masukkan sotong celur, bawang besar, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  5. Bila bawang besar sudah layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Friday, 13 July 2012

SERI MUKA

 SERI MUKA
Bahan-bahannya:
300 g beras pulut - rendam selama 1 hingga 2 jam
Santan cair
6 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
7 sudu makan gula
3 biji telur
400 ml santan pekat
1 sudu teh garam
300 ml air + 6 helai daun pandan

 Cara masak:

  1. Didihkan air dalam pengukus.
  2. Balut loyang dengan aluminium foil (tujuannya supaya mudah untuk mengeluarkan kuih nanti)
  3. Sementara tunggu air mendidih, cuci beras pulut. Masukkan ke dalam loyang dan masukkan santan cair yang sudah dicampur dengan secubit garam sehingga ke paras pulut sahaja.
  4. Bila air dah mendidih, kukus pulut hingga pulut masak.
  5. Tekan pulut di dalam loyang supaya padat.


     6.  Daun pandan dipotong 1 inci dan blend dengan 300 ml air. Tapis untuk dapatkan air
          pandan.
     7.  Blend  telur dan gula hingga kembang. (Saya guna blender cili aje)
     8.  Masukkan santan pekat, garam dan air pandan. Blend sebentar.
     9.  Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Blend hingga rata.
    10. Masukkan bahan blend ke dalam periuk, masak atas api sederhana, kacau sentiasa
          hingga berwap.
    11. Masukkan ke dalam loyang berisi beras pulut dan kukus selama 30 - 45 minit.
          Bungkus tudung dengan kain supaya air wap tidak menitik ke atas kuih.
    12. Sejukkan dulu sebelum dipotong.

    ** Apabila masak, lapisan atas kuih memang nampak lembik tapi bila dah sejuk, kuih akan
         jadi cantik.
   ** Pastikan kuih sudah betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan hasil
        potongan yang kemas.



IKAN GELAMA MASAK TAUCU

IKAN GELAMA MASAK TAUCU
Bahan-bahannya:
6 ekor ikan gelama - dicuci bersih dan kelar badannya.
Garam
Serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili hijau - dibelah dua tak putus
1 keping asam gelugor
2 peket taucu

Bahan hiris nipis:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

 Cara Masak:

  1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris hingga wangi.
  3. Masukkan taucu, tumis lagi hingga wangi.
  4. Masukkan semangkuk air, cili hijau dan asam keping. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan sedikit serbuk perasa. Rasa masinnya dulu sebelum masukkan garam sebab taucu dah masin. Jika tak cukup masin baru masukkan sedikit garam.
  6. Masukkan ikan goreng dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Gaul rata. Bila bawang sudah layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Tuesday, 10 July 2012

WAFFLE

 Inilah Waffle Maker yang saya gunakan... saya beli di Mydin.

 Bahagian dalam waffle maker
WAFFLE:
Bahan-bahannya:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
4 biji kuning telur
1 1/2 cawan susu segar - saya guna susu UHT

Bahan B:
4 biji putih telur

Cara membuat:

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  2. Campur semua bahan A dan gaul rata.
  3. Pukul bahan B hingga kembang dan naik (membentuk soft peak). Pastikan bekas yang digunakan betul-betul bersih dan kering. Begitu juga dengan besi mixer. Jika basah, putih telur tak akan kembang.
  4. Bahagikan bahan B kepada 3 bahagian. 
  5. Masukkan 1 bahagian ke dalam bahan A. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga rata.
  6. Masukkan pula 1 bahagian lagi putih telur ke dalam bahan A. Kaup balikkan hingga rata. Ulang untuk bahagian ke 3.
  7. Panaskan waffle maker.

Bila suiz on, lampu merah dan hijau akan menyala. Tunggu hingga lampu hijau terpadam barulah masukkan adunan.

Masukkan adunan di bahagian tengah waffle maker. Saya letak 3 senduk sayur yang kecil.
Tutup penutup waffle maker. Lampu hijau akan menyala. Tunggu hingga lampu hijau padam dan tunggu lagi untuk 2 minit supaya warna waffle rata dan cantik.

Buka penutup waffle. Dengan menggunakan sudip plastik atau kayu, keluarkan waffle.

Sapukan marjerin dan peanut butter atau jem atau sekaya.

Lipat dua.

Ulang langkah hingga adunan habis. Wallaaaa...

Tuesday, 3 July 2012

LINGUINE WITH MUSHROOME SAUCE

 Bahan-bahan yg digunakan:
1 bungkus Linguine
3 tin sos cendawan Prego
3 biji bawang besar - potong dadu
1 tin cendawan butang - potong nipis
1 bungkus ayam kisar
Mixed Herbs
Oregano
5 keping cheese
Extra Virgin Olive Oil

 Didihkan air di dalam periuk, masukkan 2 sudu mkn extra virgin olive oil dan 4 sd teh garam. Masukkan Linguine dan masak mengikut masa yang terdapat pada bungkusan Linguine.

 Setelah Linguine masak, tapis dan sejatkan. Letak ketepi.

 Panaskan sedikit extra virgin olive oil di dalam kuali. Tumis bawang merah hingga layu dan wangi.

 Masukkan daging ayam kisar. Kacau hingga ayam berubah warna.

 Masukkan cendawan dan gaul rata.

 Masukkan sos Prego. Gaul rata.

 Masukkan sedikit air rebusan Linguine tadi. Gaul rata dan biarkan mendidih.

Masukkan sedikit mixed herbs dan oregano. Gaul rata.

Masukkan sedikit garam dan cheese yang telah dihiris nipis. Masak hingga kuah pekat sedikit. Tutup api.

Gaulkan dengan Linguine bila mahu dihidang. Wallaaaa....