Recent Posts

Tuesday, 22 December 2015

LASAGNA

LASAGNA
Bahan-bahannya:
Kulit Lasagna Segera - boleh didapati di pasaraya bahagian Pasta

Utk kuah merah:
2 tin sos pasta cendawan Adabi.
2 biji bwg besar - cincang halus
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 bungkus daging kisar Ramly
Oregano
Mixed herbs

Cara: 
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar. Masak hingga daging tukar warna. 
  3. Masukkan cendawan butang. Gaul rata. 
  4. Masukkan sos pasta, kacau rata dan mendidih. 
  5. Masukkan garam, Oregano dan Mixed herbs. Ketepikan 

Bahan Sos putih:
500 ml susu segar/susu UHT
1biji bawang besar - cincang halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 helai daun bay
4 sudu makan Butter
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg powder)

Cara-caranya:

  1. Dalam periuk, masukkan susu segar, bwg besar , bwg putih tumbuk dan  daun bay. Masak guna api perlahan hingga terbentuk buih2 kecil di tepi periuk. Dlm 10 minit. Tapis susu.
  2. Dalam kuali atau periuk kecil, dipanaskan Butter hingga cair. Masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 hingga jadi pes tepung. Tutup api. Masukkan susu tadi. Kacau guna wisker telur hingga dapat krim yg licin. Dipanaskan semula guna api perlahan, masukkan nutmeg power dan garam. Ketepikan.

Didihkan air dlm periuk, masukkan sikit minyak zaitun. Rebus kulit lasagna dlm 10 minit. Sejatkan.

Cara melapis:

  1. Dipanaskan oven pd suhu 180'C 
  2. Griskan loyang. Masukkan sekeping kulit lasagna. Ratakan sos merah, pastu ratakan sos putih. Pastu taburkan mozarella cheese. 
  3. Letak lg sekeping kulit lasagna. Ulang melapis hingga 4 lapisan.. 
  4. Bakar dlm oven selama 40 minit.



No comments: