Recent Posts

Sunday, 13 December 2015

GULAI DAGING BATANG PISANG NOXXA

GULAI BATANG PISANG
Bahan-bahannya
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam.
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kerisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara:

  1. Bubuh sedikit minyak dalam inner pot. Set stir fry. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari dan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata. Masukkan 3 cawan air.
  3. Set HP 20 minit. Bila cukup masa, lepaskan pressure.
  4. masukkan batang pisang dan kerisik. HP 10 minit. Cukup masa, lepaskan pressure.
  5. Set stir fry. Masukkan 1 cawan santan pekat. Bila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Siap.


No comments: