Recent Posts

Wednesday, 23 December 2015

CHILI CRAB

CHILI CRAB
Bahan-Bahan:
1 kg ketam -dibuang kulit keras dan dicuci
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
4 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 cawan air
2 biji telur - dikacau rata
2 sudu teh cuka masakan
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
garam
gula
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, cuka, gula dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung kuali. Biarkan hingga ketam masak.
  6. Bila ketam dah masak, masukkan telur. Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan ketam hingga terpalut sos. 
  7. Masukan bancuhan tepung jagung dan daun bawang. Kacau rata.

 Tadaaaaa!!! Dah siap.


No comments: