Recent Posts

Friday, 16 May 2014

KUIH NAGASARI

KUIH NAGASARI
Bahan-Bahannya:
5 biji pisang raja -dibelah dua atau tiga
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

 Daun pisang dipotong pada saiz ini dan dilayurkan atas api supaya lembut

 Pisang dikupas kulitnya dan dibelah dua atau tiga

Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

 Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang.

 Letak sepotong pisang.

 Lapis dengan sesenduk adunan tepung. 

 Bungkus kuih dengan melipat kiri dan kanan, kemudian lipat atas dan bawahnya dengan kemas.
Ulang langkah membungkus hingga habis.
Kukus kuih selama 15 hingga 20 minit.

 Setelah kuih nagasari masak, sejukkan sebentar.

 Bolehlah dinikmati...
Walllaaaaaaaaaaaaa....


13 comments:

Dayah Shaltes said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi, Puan. :)

Salina Mohamed said...

Blh frozen x?

bil bil said...

resepi kuih

eija said...

Assalamualaikum..terima kasih cikgu ani...kongsi resepi traditional...

eija said...

Assalamualaikum..terima kasih cikgu ani...kongsi resepi traditional...

kakyon said...

Salam ramadhan. Teringin membuatnya untuk juadah berbuka.daun pisang pula tiada.apa pun terimakasih berkongsi resepi..

Unknown said...

Santan tu kna campur air atau santan dr dlm kotak tu je?

Unknown said...

Santan tu kna campur air atau santan dr dlm kotak tu je?

mustika suri home spa said...

mengancamnyaaaa....nak buatlah!

Mumy Abah said...

Selain pisang raja bole guna pisang ape lg ye

Mumy Abah said...

Selain pisang raja bole guna pisang ape lg ye

Ahad Noreen said...

Tq for resepi saya tgh mencuba di hari pertama puasa

heliconia said...

Nak buat la Cikgu Ani. Sonang aje ni