Recent Posts

Thursday, 15 May 2014

ASAM PEDAS MUAR IKAN PLOTAN/IKAN MAYONG

ASAM PEDAS MUAR IKAN PLOTAN/IKAN MAYONG
Bahan-Bahannya:
1 kepala ikan Plotan - dibelah dua dan dicuci bersih
7 biji kacang bendi
3 senduk cili kering kisar
1 1/2 sudu makan asam jawa + 3 mangkuk air
Garam
Serbuk perasa

Bahan-Bahan Tumbuk Lumat:
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 senduk minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk dan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kepala ikan plotan. Biarkan mendidih dan ikan masak.
  4. Masukkan kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga kacang bendi masak.
  5. Tutup api dan hidangkan.


1 comment:

hero api said...

Sedapnya tengok asam pedas