Recent Posts

Thursday, 19 September 2013

DALCA AYAM

DALCA AYAM
Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
1 cawan santan
2 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
1 biji cili hijau - potong 1 inci
1 biji kentang - belah 12
1 biji karot- potong mancis
3 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat - belah 6
1 biji tomato - belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:


  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa. 
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


14 comments:

SejutaCintaLynnda said...

DAH TRY....menjadi resepinya. tq

Unknown said...

Tq cikgu...esok nk buat

Ieyla Leyla said...

Mcm best je...nak try la.hehehe..tq kongsi resepi..

Ieyla Leyla said...

Mcm best je...nak try la.hehehe..tq kongsi resepi..

Princess Rizzhanis said...

Tq Cikgu Ani for the recipe . Yummy!!

badboy said...

Hari ni dh try

badboy said...
This comment has been removed by the author.
badboy said...

Hari ni dh try

Cik Ann said...

dah siap..tq sbb kongsi resepi

razali_ahmad said...

Nak coba masak kari dalca, mdh2an best rasanya.

razali_ahmad said...

Nak coba masak kari dalca, mdh2an best rasanya.

suba shini said...

n̤̈k tny brp sudu serbuk kari daging dimasukkan

kuali senget said...


terima kasih cikgu. dah try, mmg ngetop. siap bookmark lg resepi ni. gitewww

Eija Cuttieija said...

Tgh try..ada atas dapur..bau dh mengancam dah..hehehe..terima kasih cikgu😘😘😘