Recent Posts

Friday, 23 August 2013

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam  - dipotong-potong
2 cawan air
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - buang tulang tengahnya dan hiris halus
Garam

Bahan Kisar:
Segenggam cili padi - kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api
5 biji cili kering
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas

Cara-caranya:

  1. Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.
  2. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak.
  5. Hidangkan.


7 comments:

sweety said...

salam cikgu..kalau nak buat utk ayam 2 ekor..bahan2 kena ganda 4x ke? plsss tunjuk ajar ye..thanks

Cikgu Ani Bawok said...

Waalaikum salam Sweety..
Kalau untuk 2 ekor ayam, lebih kurang kena ganda 4x lah... Selamat mencuba...

kalsom said...

rendang tu x maauk serai ker..

Anonymous said...

X ltak bwg pth bwg mrah ke n serai

Anonymous said...

Rendang nismilan tak pakai bawang.

QasehNurIman said...

pernah bt rendang ni, senang n dijamin sodap

Anonymous said...

Mintak halal yer resepi..sy nak try buat la..tq