Recent Posts

Tuesday, 20 August 2013

KERABU KAKI AYAM

KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus

Cara-caranya:

  1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
  2. Sejatkan kaki ayam.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidangkan.



10 comments:

Bbwana adienia said...

salam..

em,sedapnya kerabu..dah lama x makan kaki ayam..hua..

Cikgu Ani Bawok said...

Sesekali buat kerabu kaki ayam ni, mmg terasa nikmatnya Bbwana adienia... hahaha

zakaria ibrahim said...

Saya mula diperkenalkan dengan kerabu kaki ayam ni di Danok. Takkan nak pi ke tempat tu selalu. Pula baru-baru ni ada orang jahat pasang bom. Takut juga. Jadi, saya pinta isteri buat. Dia suruh cari dalam internet. Jumpa dan petang ni nak makan buka puasa rasa kerabu cikgu. Terima kasih

Cikgu Ani Bawok said...

T/kasih Zakaria...
Mcm mana hasilnya?

farwizah said...

Patut cuba nie..thanks bagi resepi

Mohd Hasli Hasli said...

Kerabu kaki ayam sedapnya

Anonymous said...

Terima kasih banyak-banyak, hanya Allah membalas budi puan.

Atieyy said...

Terima kasih utk resepi..nak buat hari ni..

hero api said...

Terima kasih cikgu kongsi resepi

hero api said...
This comment has been removed by the author.