Bahan-bahannya:
3 batang sayur pucuk/ tauhu kering - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
Secekak suun - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
6 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
Sedikit Kim Chan - direndam hingga lembut
1 kotak kecil santan pekat
Semangkuk santan cair (Semangkuk air + sesudu santan pekat tadi)
2 biji kentang - di belah 6
2 biji cili merah - dipotong serong
Garam
serbuk perasa
Inilah rupa kimchan...
Sejemput ikan bilis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - saiz sederhana
Cara-caranya:
- Masukkan santan cair, bahan tumbuk dan kentang ke dalam periuk. Masak hingga kentang empuk.
- Masukkan semua sayur-sayuran dan cili merah. Masak hingga mendidih.
- Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih.
- Masukkan suun. Gaul rata hingga suun lembut.
- Tutup api. Hidangkan.
11 comments:
Saya nk cuba buat nnti
Resipi simple, menyelerakan.
Menyelerakan...π
Nampak sedap . Nak Cuba
Sedapnya..
Utk juadah berbuka nnti...Terima kasih utk resepinya
Nak cuba hari ni gak
Makaseh yea
Nak cuba, nampak menyelerakan
Ok nanti kita cuba buat... Tq yg empunya resipi
nak cuba nantiπ
Sy Indonesian yg tinggal di Brunei, pertama kali menyantap sayur ini...heeemmm anak2 Sy langsung suka, "sedaaap" mereka cakap...Sy nak Cuba masak sendiri tp tak tahu Nama sayur ni,kmdn ada kawan Brunei bagitahu namanya sayur pucuk...Sy search Google daaannn taraaaa...dapatlah resipi ini...maa syaa Allah, sedaaap...Terimakasih bnyk Cikgu Ani...π§π»πΉ
Post a Comment