Wednesday, 19 June 2013

SAYUR PUCUK MASAK LEMAK

SAYUR PUCUK MASAK LEMAK
Bahan-bahannya:
3 batang sayur pucuk/ tauhu kering - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
Secekak suun - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
6 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
Sedikit Kim Chan - direndam hingga lembut
1 kotak kecil santan pekat
Semangkuk santan cair (Semangkuk air + sesudu santan pekat tadi)
2 biji kentang - di belah 6
2 biji cili merah - dipotong serong
Garam
serbuk perasa


Inilah rupa kimchan...

Bahan Tumbuk Lumat:
Sejemput ikan bilis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Masukkan santan cair, bahan tumbuk dan kentang ke dalam periuk. Masak hingga kentang empuk.
  2. Masukkan semua sayur-sayuran dan cili merah. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan suun. Gaul rata hingga suun lembut.
  5. Tutup api. Hidangkan.


11 comments:

Unknown said...

Saya nk cuba buat nnti

Anonymous said...

Resipi simple, menyelerakan.

Hero Api said...

Menyelerakan...😊

Unknown said...

Nampak sedap . Nak Cuba

Azhan said...

Sedapnya..

AQIEYLZARA'S WORLD said...

Utk juadah berbuka nnti...Terima kasih utk resepinya

Unknown said...

Nak cuba hari ni gak
Makaseh yea

Anonymous said...

Nak cuba, nampak menyelerakan

Anonymous said...

Ok nanti kita cuba buat... Tq yg empunya resipi

Anonymous said...

nak cuba nanti😍

Anonymous said...

Sy Indonesian yg tinggal di Brunei, pertama kali menyantap sayur ini...heeemmm anak2 Sy langsung suka, "sedaaap" mereka cakap...Sy nak Cuba masak sendiri tp tak tahu Nama sayur ni,kmdn ada kawan Brunei bagitahu namanya sayur pucuk...Sy search Google daaannn taraaaa...dapatlah resipi ini...maa syaa Allah, sedaaap...Terimakasih bnyk Cikgu Ani...πŸ§•πŸ»πŸŒΉ