Recent Posts

Sunday, 11 November 2012

SWEET SOUR TELUR

SWEET SOUR TELUR
Bahan-Bahannya:
5 biji telur - digoreng mata kerbau

3 keping nenas - dipotong dadu
1 biji bawang besar - di belah dua dan dimayang kasar
2 biji cili merah - dihiris serong
2sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 mangkuk taufu fa air
Daun bawang dan daun sup - dicincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam
Gula




Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1biji bawang besar



Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas. Biarkan masak sebentar. Rasa masam dan manisnya.
  7. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api.
  8. Curahkan atas telur goreng tadi. 
  9. Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

eddy azrul said...

Salam. Cikgu ani....sayur kentang yg dimakan bsama dlm menu banana leaf tu takde ke...harap dapat dikongsi bsame ye...tq cikgu.