Recent Posts

Friday, 2 November 2012

AYAM MASAK HIJAU

AYAM MASAK HIJAU
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
4 batai serai - dititik
2 inci lengkuas - dititik
5 biji buah pelaga
2 helai daun limau purut - dibuang batang arinya
3 biji tomato hijau - dibelah 2
1 gelas santan
kacang pancang
garam
serbuk perasa
gula
minyak masak

Bahan kisar:
20 biji cili padi siam (yang hijau)
5 biji cili besar hijau
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu rempah kurma
Sepohon daun ketumbar sekali dengan akar2nya
Kulit luar limau nipis - dari sebiji limau
3 helai daun limau purut

Cara-caranya:

  1. Tumis buah pelaga, serai dan lengkuas.
  2. Masukkan bahan2 kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan santan. Tambah semangkuk air. Masak hingga mendidih dan kuah agak pekat.
  4. Masukkan kacang panjang dan daun limau purut. Gaul rata.
  5. Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.Gaul rata.
  6. Masukkan tomato dan gaul rata.Masak hingga kuahnya pekat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.


No comments: