Recent Posts

Thursday, 1 November 2012

KARI IKAN TENGIRI BERSAMA TELUR IKAN

KARI IKAN TENGIRI BERSAMA TELUR IKAN
Bahan2nya:
3 ketul isi ikan tengiri
300g telur ikan
10 biji kacang bendi
1/2 sudu makan asam jawa - campur dgn semangkuk air
1 peket kari ikan - saya guna rempah giling
2 tangkai daun kari
2 sudu teh halba campur
RM1.50 santan pekat
2 biji cili hijau - potong seinci

Bahan hiris nipis/ tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia


Cara:
  1. Tumis bahan hiris dan halba campur hingga wangi
  2. Masukkan kari ikan dan daun kari serta cili hijau.. tumis hingga kari betul2 masak atau terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, santan, kacau rata.
  4. Masukkan isi ikan dan biarkan mendidih. 
  5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa, kacau rata.
  6. Perlahankan sedit api, masukkan telur ikan dan kacang bendi.. biarkan masak hingga bendi dan telur ikan masak. Tutup api.
  7. Sedia utk dihidangkan.



No comments: