Recent Posts

Friday, 8 June 2012

GULAI AYAM KAMPUNG


GULAI AYAM KAMPUNG
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam kampung
3 bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
4 sudu makan serbuk kari daging + sedikit air 
3 tangkai daun kari
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan pekat
2 biji kentang - dibelah 4

Bahan Tumbuk Lumat:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar

Cara Masak:
  1. Tumis rempah tumis 4 sekawan hingga wangi. 
  2. Masukkan bahan yg ditumbuk lumat, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan  paste rempah kari ayam dan daun kari, tumis hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan ayam kampung, gaul rata, masak hingga ayam layu sedikit, masukkan air asam jawa, santan pekat, gaul rata. (Jika nak kuah yg lebih, boleh tambah air lagi). 
  5. Masukkan kentang. Didihkan hingga ayam masak dan kentang empuk. 
  6. Masukkan garam dan sedikit bahan perasa. Siap utk dihidangkan.



4 comments:

Anonymous said...

trima kasih. resepi yg mudah diikuti tp sedap.menyenangkan bg yg kurang pandai memasak.

Noor Hasimah said...

Akak & family sangat suka lauk gulai ayam kg. Thanks kongsi resepi....

Noor Hasimah said...

Akak & family sangat suka lauk gulai ayam kg. Thanks kongsi resepi....

unaizah hussein said...

Makkk aiihh terliurrr ��