Recent Posts

Friday, 8 June 2012

AYAM GORENG ALA KFC


RESEPI AYAM GORENG ALA KFC (resepi asal En Khalid Lid)
Bahan:
serai 2 batang
halia sedikit
cili kering(ikut pedas)
rempah kari ayam 3 sudu
telur 4 biji
sedikit air (untuk kisar)
bahan perasa

Cara Masak:
  1. Kisar semua bahan,gaulkan dengan ayam bersama tepung beras (fungsi tepung beras nak bg ranggup dan mudah tepung gandum melekat)
  2. Ambil satu bekas kering...masukkan tepung gandum,sedikit pewarna kuning (serbuk) garam, serbuk lada, gaul rata.
  3. Ambil ayam yg diperap tadi,masukkan dlam tepung gandum tadi...balik-balikkan sehingga tepung gandum rata keseluruhan
  4. Pastikan minyak betul-betul panas dalam kuali (kalau tak panas,nanti tepung gandum tu tidak lekat kat ayam..jadi tidak ada rasa kepingan ranggup tu)
  5. Masukkan ayam...dah masukkan ayam...perlahankan api...(kalau api kuat,tepung gandum luar akan hangit,ayam kat dalam tidak masak...lagi 1..untuk pastikan ayam tu masak dengan sempurna dan lembut)
  6. Goreng sehingga masak..pastikan minyak banyak...kalau tidak tengelam ayam..nanti tepung tidak cantik)


No comments: