Monday 4 June 2012

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM-BLACKPEPPER SAUCE


CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM-BLACKPEPPER SAUCE:
Bahan:
1 ekor ayam (saya suka guna whole leg yg dibuang tulang/ debone)
Tepung jagung utk menyalut ayam
2 biji telur, utk celup ayam
Serbuk roti/bread crump (optional)

Bahan perap:
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak
Sos Lea & Pearin (optional)

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung jagung.
3. Kemudian celupkan ke dlm telur yg telah dipukul
4. Golekkan ayam ke dlm bread crump.
5. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.
** saya tadi perap ayam.. pastu masak sosnya.. sesudah siap sos, saya terus golekkan ayam ke dlm tepung.. takyah tunggu 3 jam. Tapi kalau ada masa, perap lagi lama lagi sedap.
** Kalau tak guna bread crump, ayam perap tu celup dlm telur baru golekkan ke dlm tepung dan goreng.


SOS MUSHROOM-BLACKPEPPER
1 bawang besar, dicincang halus
3 bwg putih, dicincang halus
1 tin cendawan butang AYAM BRAND – separuh dipotong nipis dan separuh lagi di blend dgn air rebusan daging.
4 – 5 sudu besar serbuk lada hitam (boleh adjust ikut kepedasan)
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging (tadi saya guna stok ayam pekat maggi – ¾ cwn + 2 ¼ cwn air)
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 ½ camca teh garam – rasa dulu sosnya sebelum letak garam
1 sudu besar gula
Minyak utk menumis

Cara-cara
1. Tumis bwg besar dan bwg putih hingga layu dan wangi
2. Masukkan air rebusan daging
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.

 





3 comments:

Kak Leni said...

Boleh cuba ni.trmksh bg resipi.anak2 akk mmg suka chicken chop...i

Xane said...

salam..wahh nampak sedap dan menyelerakan..boleh la try nnt ni..

saya dh follow blog cikgu..kalau sudi sila lah follow blog saya juga yer..terima kasih ;)

Unknown said...

Leh try ni