Recent Posts

Monday, 4 June 2012

PUDING ROTI PELANGI


PUDING ROTI PELANGI
Bahan2nya:
5 keping roti gardenia
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
Secubit garam
2 sudu makan butter - dicairkan
1 peket agar2 (lebih kurang 24g)
7 sudu makan gula
3 1/2 cawan air



Cara2nya:
  1. Masak agar2 dengan 3 1/2 cawan air hingga larut. Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut.
  2. Sementara tunggu agar2 larut, blend roti, susu cair, susu pekat, telur, esen vanila & garam.
  3. Masukkan ke dalam agar2 tadi. Gaul sentiasa hingga mendidih dan nampak berkilat.
  4. Masukkan butter, gaul rata.
  5. Bahagikan kepada 4 bahagian, 1 bahagian biarkan warna asal, 1 bahagian merah, 1 bahagian kuning dan 1 bahagian hijau.
  6. Masukkan dalam acuan warna asal 1 senduk kecil bermula bahagian tengah acuan, diikuti warna merah juga 1 senduk kecil di atas warna asal tadi, diikuti kuning dan seterusnya hijau. Ulang hingga semua adunan habis. Sejukkan.

No comments: