Friday, 14 June 2013

AYAM MASAK UNGKEP

AYAM MASAK UNGKEP
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
25 biji cili kering - rebus dan cuci bersih.
3 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai - racik nipis
1 inci kunyit hidup
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan agak garing.
  2. Masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam agak layu.
  3. Masukkan air hingga sekadar menutupi ayam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan asam gelugor, daun limau purut, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kuah pekat.
  5. Tutup api. Hidangkan.


Wednesday, 5 June 2013

AYAM MASAK REMPAH GORENG

AYAM MASAK REMPAH GORENG
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - digaul garam kunyit dan goreng separuh masak.
3 biji tomato - dihiris
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh gula pasir
7 sudu makan minyak masak
Garam dan serbuk perasa

Bahan (A) - disangai dan dikisar:
2 1/2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan (B) - dikisar:
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Satukan bahan (A) dan bahan (B). Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan 1. Kacau rempah sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Tumis hingga rempah garing dan wangi.
  3. Masukkan ayam goreng, kacau rata.
  4. Masukkan santan pekat dan secawan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata. Masak hingga kuah pekat dan terbit minyak.
  6. Tutup api dan hidangkan.


TERUNG GORENG CILI API

TERUNG GORENG CILI API
Bahan-bahannya:
3 biji terung panjang - belah dua dan potong serong 1 inci
1 keping asam gelugor
Garam
Gula

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  3. Masukkan terung. Gaul rata hingga terung layu dan lembut. (Tak perlu masuk air kerana terung akan lembut sendiri).
  4. Tutup api dan hidangkan.


Tuesday, 4 June 2013

SAMBAL TUMIS PETAI - UDANG GALAH

SAMBAL TUMIS PETAI - UDANG GALAH
Bahan-bahannya:
Seikat petai - diambil isinya dan dibelah dua
Udang galah
6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong kasar
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 keping asam gelugor

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang dihiris halus hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan cili agak garing.
  3. Masukkan petai. Kacau sebentar.
  4. Masukkan santan, air dan asam gelugor. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan udang dan bawang besar yang dipotong kasar. 
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga udang masak dan bawang layu.
  7. Tutup api dan hidangkan.



MASAK LEMAK PUCUK KAYU MANIS BERKELEDEK

MASAK LEMAK PUCUK KAYU MANIS BERKELEDEK
Bahan-bahannya:
Pucuk kayu manis
2 biji keledek - dikupas dan direbus hingga empuk. Sejatkan.
2 cawan santan pekat.
2 biji cili merah - dihiris serong
Garam

Bahan tumbuk lumat:
Sejemput ikan bilis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan sayur layu. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah.
  3. Tutup api. Hidangkan.


UDANG GALAH MASAK KALIO LIMAU PURUT

UDANG GALAH MASAK KALIO LIMAU PURUT
Bahan-bahannya:
1 kg udang galah
2 labu bawang besar - potong bulat
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
5 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan kisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan udang, kacau rata.
  3. Masukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, serai dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih. Kecilkan api.
  4. Masukkan bawang besar, garam dan gula. Kacau sebati. Masak hingga bawang layu.
  5. Tutup api dan hidangkan.


Sunday, 2 June 2013

NASI GORENG UDANG

NASI GORENG UDANG
Bahan-bahannya:
6 cawan nasi sejuk
Udang - dibersihkan dan digaul dengan garam
3 sudu makan cili kering kisar
1 biji karot - diparut
2 sudu makan kicap lemak masin
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
sejemput ikan bilis

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk,cili kisar dan garam hingga agak garing.
  3. Masukkan udang dan nasi sejuk. Gaul rata.
  4. Masukkan kicap, serbuk perasa dan parutan karot. Gaul rata.
  5. Bila dah rata, setkan api dapur kepada yang paling kecil. Kacau nasi sesekali untuk elakkan bawahnya berkerak. Buat proses ini lebih kurang 10 minit. (Tujuannya ialah supaya nasi mesra dengan bumbu2nya).
  6. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama ayam goreng, telur mata kerbau dan keropok goreng.