Recent Posts

Sunday, 13 December 2015

KARI DAGING NOXXA

KARI DAGING NOXXA

Bahan:
500g Daging Batang Pinang
4 sdm serbuk kari daging - campur sedikit air hingga menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
1 1/2 - 2 cwn air - ikut byk mana nak kuahnya
2 biji kentang - kupas & belah 4

Bahan Tumis:
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan Tumbuk/Hiris Nipis:
1 inci halia
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar

Cara:
  1. Set stir fry, masukkan sedikit minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk/hiris. Tumis hingga wangi dan berwarna perang. Masukkan daun kari dan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Tutup periuk. Set HP 25 minit. Cukup masa, release pressure.
  4. Masukkan kentang. Set HP 5 minit. Cukup masa, release pressure.
  5. Set stir fry. Masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sekejap lagi.
  7. Set warm. Bila dah habis proses mendidih, baru tutup tudung periuk. Biarkan aje terus warm.

5 comments:

gloria abdullah said...

Bila nak masukkan daging?

gloria abdullah said...

Bila nak masukkan daging?

Nina Ansary said...

Tlg jawapkan... masukkn daging sebelum masukkn air...buatkn sekejap air daging keluar den baru masukkn air DLL.....

Nina Ansary said...

Tlg jawapkan... masukkn daging sebelum masukkn air...buatkn sekejap air daging keluar den baru masukkn air DLL.....

SR AMS said...

Moga diberkati...sy cuba ni...