Recent Posts

Sunday, 13 December 2015

DAGING MASAK KICAP BLACK PEPPER NOXXA


DAGING MASAK KICAP BLACK PEPPER NOXXA
Bahan:
500g daging batang pinang
10 sudu makan kicap lemak masin
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - hiris kulitnya memanjang
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam rapat lada hitam biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara:
  1. Gaul bahan tumbuk dan kicap bersama daging hingga rata. Perap sebentar (20 - 30 minit).
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Set stir fry.
  3. Masukkan daging yang diperap tadi. Kacau hingga keluar semua air dagingnya. Offkan.
  4. Tukar ke HP 25 minit. Cukup 25 minit, lepaskan pressure.
  5. Set stir fry. Masukkan bawang besar hiris, cili merah dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga bawang dan cili layu serta kuah agak pekat.
  6. Siap untuk dihidangkan.



No comments: