Friday 13 March 2015

SAMBAL TOTOK JAWA

SAMBAL TOTOK JAWA
Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula

Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
  6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.




11 comments:

shidasanmil said...

suka sangat sambal2 mcm nie...sgt kecur ayaq liuq..hehe

salam singgah~

cenetos.blogspot.com

Unknown said...

Nampak sedaplah resepi2 kat sini...
Saya nak cuba, husband memang suka makanan pedas2 ni..
jemputlah singgah blog saya juga ye.. :)

www.jagasihat.blogspot.com

Cikgu Ani Bawok said...

Terima kasih Cinet, Nor Chitriayu kerana sudi singgah..

In shaa allah, nanti saya berkunjung pulak ke blog kalian... Muuahs!!!

norhanita said...

sedap sgtt. 1st time makan hr tu suami buat. kalau xde selera.. makan sambal ni dgn nasi panas2 pun da cukup..

mamamia-wellness.blogspot.com said...

Kecur air liur bile lihat sambal totok jawa awak niee...saya sefamili memang suka yang pedas2....opkos saya akan buat sambal niee...terima kasih dengan resepinye..😊😊😊

Jemput ke blog saya....
Mamamia-wellness.blogspot.com

syaza mawaddah said...
This comment has been removed by the author.
syaza mawaddah said...

Sambal ni kering? Boleh tahan berapa lama ya contoh bekal balik asrama

syaza mawaddah said...

Sambal ni kering? Boleh tahan berapa lama ya contoh bekal balik asrama

Unknown said...

musim hujan pekena sambal ni dgn nasi panas, berpinggan-pinggan mkn

jmput ke pilihsihat.com

Unknown said...

musim hujan pekena sambal ni dgn nasi panas, berpinggan-pinggan mkn

jmput ke pilihsihat.com

Rosha said...

Nak buatlah hari ni. Lepas tu masak bening, goreng ikan. Cukuplah menu hari ni.