Recent Posts

Monday, 20 October 2014

ROTI BAKAR - TELUR SEPARUH MASAK

ROTI BAKAR - TELUR SEPARUH MASAK
Bahan-Bahannya:
2 keping roti - bakar
2 biji telur - rebus separuh masak
1 sudu makan jem - Perisa ikut sukahati
1 sudu makan butter

Cara-Cara Rebus Telur Separuh Masak:

 Didihkan air secukupnya supaya telur terendam di dalam air.
Bila dah mendidih, slowkan api hingga paling minimum.
Set Timer pada handphone 4 minit 30 saat

 Masukkan telur serentak macam ni.
Start timer serentak dengan telur masuk dalam air. 
Tutup periuk.
Bila dah cukup masanya, masukkan telur ke dalam air paip (untuk memberhentikan proses memasak)

 Cadangan hidangan.

 Roti Bakar 

Secawan  Teh Tarik

 2 Biji Telur Separuh Masak

 Jem Roselle

YUMMY!!!!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow sedapnya

adda syuhada said...

breakfast kesukaan en somi..ada plk telur separuh masak mmg terloncat la en somi..

Fiza Lgk said...

Sedapnya cikgu...T/kasih berkongsi tips nk buat telur separuh masak tu. Boleh cuba nanti :)

Cikgu Ani Bawok said...

Selamat mencuba Fiza Lgk... :)

INSPIRASIKU said...

Sedapnya...terima kasih di atas perkongsian resipi cikgu...