Recent Posts

Friday, 24 October 2014

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERTOMATO

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERTOMATO
Bahan-Bahannya:
4 biji telur itik - dicuci bersih dari segaka kekotoran
4 biji tomato - dibelah dua
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siat
Semangkuk santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali (saya guna kuali supaya mudah nak mengendalikan telur nanti). Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan santan (jika pekat sangat, boleh tambah sedikit air).
  3. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Kacau selalu hingga mendidih untuk mengelakkan santan pecah.
  4. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit. Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji di tempat yang berlainan. (Waktu ini, masakan jangan dikacau supaya telur tidak hancur)
  5. Masukkan tomato. Biarkan mendidih sebentar.
  6. Bila sudah nampak tomato layu sedikit, kacau perlahan-lahan sudip pada dasar kuali untuk melengkangkan telur dari kuali. 
  7. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
  8. Tutup api dan hidangkan.



No comments: