Thursday 29 May 2014

TEPUNG BUNGKUS

TEPUNG BUNGKUS
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:
  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  4. Sejukkan inti.

Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

 Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan

 Letakkan dua inti yang telah dibulat-bulatkan.

 Angkat daun pisang sebelah kiri seperti ini supaya adunan tepung menutupi inti.

  Angkat daun pisang sebelah kanan seperti ini supaya adunan tepung menutupi inti.

 Angkat daun pisang sebelah atas dab bawah seperti ini.

Kemudian bungkuslah adunan tepung dan susun di dalam pengukus.
Kukus kuih selama 15 - 20 minit.
Sejukkan.

 Hidangkan.


1 comment:

farry ismail said...

Sedapnyer nampak....dah lama betul x makan kuih tepung bungkus nih sejak arwah tok dah xde....huhuhuhu