Recent Posts

Saturday, 31 May 2014

AYAM UNGKEP BONDA

AYAM UNGKEP BONDA
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 biji kentang - belah 4
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
1 sudu makan asam jawa + semangkuk air
3 sudu makan rempah kari daging - campur sedikit air untuk dijadikan paste... 

Bahan Tumbuk Lumat / Kisar:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
 2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan paste kari. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam. Gaul rata. Tutup periuk sebentar supaya ayam layu sedikit.
  5. Gaul rata. Masukkan air asam jawa. Masukkan air hingga sama paras dengan ayam. Gaul rata.
  6. Masukkan kentang. Tutup periuk. Biarkan masak menggunakan api yang sederhana.
  7. Bila mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata. Tutup lagi periuk.
  8. Biarkan kuah pekat. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
  9. Tutup api. Hidangkan.


2 comments:

Nani shuhada said...

Ayam masak ungkep ni sedap d makan dengan nasi ambang.

pn.iera said...

Nmpk sgt sedap..bleh cuba resepi ni..

Jemput singgah link ni dn daftar percuma http://www.tonexpress.com/mytoneworld