Recent Posts

Thursday, 3 April 2014

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan terubuk masin - dibuang sisiknya, dipotong dan dibersihkan.
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
garam
gula

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak hingga bawang layu.
  7. Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul rata. 
  8. Angkat dan hidangkan.


5 comments:

chumah said...

Assalamualaikum. BW jumpa blog yang best ni...ziarahle ke blog saya chumah.bogspot.

Nani said...

assalamualaikum...selamat berkenalan, tadi saya jln2 terjumpa blog cikgu ani ini...banyak resepi2 menarik di sini...terima kasih berkongsi resepi masakan di sini...

Cikgu Ani Bawok said...

W/salam Chumah... in shaa allah.. nanti saya ke sana... :)

Cikgu Ani Bawok said...

w/salamNani... t/kasih sudi menjenguk blog saya yg tak seberapa ni... selamat berkenalan dan selamat mencuba resepi2 yg berkenan di hati dr blog saya ni...

ahdaus said...

Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try sambal strawberry ikan masin bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum². 100% produk bumiputera muslim TQ