Recent Posts

Thursday, 3 October 2013

ASAM PEDAS IKAN PARANG

ASAM PEDAS IKAN PARANG
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan parang - dipotong 3 bahagian
9 biji kacang bendi
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 6 mangkuk air
2 sudu teh halba campur

Bahan Tumbuk Lumat:
2 inci halia
2 inci kunyit basah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk, cili kering kisar dan halba campur hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kacang bendi layu.
  5. Tutup api. Hidangkan.



2 comments:

Sarah Talib said...

Berselera nampak kari tu...rasa lapar pulak...selamat berkenalan

Cikgu Ani Bawok said...

Sarah Talib.. Selamat berkenalan..
Ini asam pedas ikan parang.. hihihi..