Saturday 23 February 2013

RANGKA AYAM GORENG

HA! Rangka Ayam Goreng ni selalu kita jumpa di pasar-pasar malam.. Harganya berbeza-beza.. ada yang RM3.50 satu, malah ada juga yang berharga RM5.00 satu..
Apa kata kita buat sendiri.. ermmm.. puas makan kan?
Ok.. Jom! kita semak cara-caranya...

RANGKA AYAM GORENG
Bahan-bahannya:
4 rangka ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
2 senduk (saya guna senduk nasi) tepung jagung
2 senduk tepung beras

Cara-caranya:

  • Cuci rangka ayam. Taburkan garam dan ratakan keseluruh ayam.
  • Masukkan serbuk kari daging dan gaul rata. (perapkan dalam peti ais selama 5 jam).


  •  Pecahkan telur dalam pinggan. (Gunakan bekas besar supaya mudah nak salut pada ayam). Kacau dengan garfu hingga rata.
  • Campurkan kedua-dua tepung dan gaul rata. (Juga gunakan bekas yang besar yang muat dimasukkan ayam)
  • Celupkan rangka ayam ke dalam telur.
  • Masukkan ayam ke dalam bekas tepung dan salut dengan tepung hingga rata.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng tenggelam ayam yang sudah disalut tepung tadi hingga masak. (Gunakan api yang sederhana sahaja)
  • Sejatkan minyak pada ayam goreng. 
  • Hidangkan. Enak dimakan bersama-sama dengan sos cili atau sos tomato.


4 comments:

Unknown said...

salam kak ani..
wah.. rangka ayam ni menu popular di jual kat pasar malam masa may tgl kat klang 10thn lepas.. mcm goreng pisang panas.. cepat je hbs.. ni dah ada resepi bolehlah cuba .. tq kak ani..

Unknown said...

Ye May Agumo,
ini memang menu popular di pasar2 malam... lain orang, lain cara perapannya, ini cara paling simple yang kak ani buat.. Ok lah rasanya.. hihi

Anonymous said...

cikgu time kasih.. saya suka sangat makan rangka ayam =.= tapi pasar malam mahai.. bek buat sendiri

Cikgu Ani Bawok said...

Perla Rosa Al Omar..
kalau nak puas mkn, mmg elok buat sendiri... kan?