Recent Posts

Saturday, 29 December 2012

IKAN BAKAR BERSAMBAL

IKAN BAKAR BERSAMBAL
Bahan-Bahannya:
7 ekor Ikan kembung
3 helai daun limau purut - dibuang tulangnya dan dihiris nipis
Air asam jawa / jus limau kasturi
Daun pisang
Garam
Gula

Bahan Kisar:
10 biji cili merah
10 biji cili kering
15 biji cili api
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan air asam/jus limau kasturi, daun limau purut, garam dan gula secukupnya.
  3. Masak lagi hingga mendidih dah kuah pekat.
  4. Salutkan ikan dengan kuah sambal dan bakar di atas daun pisang hingga masak kedua-dua belahnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama air asam kerisik.


No comments: