Recent Posts

Sunday, 30 December 2012

AIR ASAM KERISIK

AIR ASAM KERISIK
Bahan-bahannya:
2 sudu makan asam jawa
1 1/2 cawan air masak
2 biji bawang besar - dimayang nipis
2 biji tomato - dihiris nipis
2 biji cili merah - dihiris
9 biji cili api - dihiris
Sedikit garam
Gula
1 sudu makan kerisik

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan air dan asam jawa, garam dan gula. Gaul rata dan tapiskan.
  2. Tumbuk cili merah hingga lumat.
  3. Masukkan bawang besar mayang, tumbuk supaya pecah-pecah aje.
  4. Masukkan tomato dan tumbuk-tumbuk manja.
  5. Kemudian campur semua bahan dan gaul rata. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.


3 comments:

cik puan said...

akak saya nak mencuba...ambik resepi yer

shaharinatul azian zakaria said...

Sedap sis..saya pernah buat..terima kasih sudi kongsi resepi

Mariam Yusof said...

Saya mohon kongsi resepi air asam ye. Tk