Thursday, 8 November 2012

AIS KRIM DRUMSTICK

 JOM! Kita buat projek ais krim ala-ala ais krim cornetto atau drumstick... Best juga ni...

AIS KRIM DRUMSTICK
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tidak mahu manis
1 sudu besar ovellete
1 biji telur
1 sudu teh serbuk vanila/ esen vanila

Cara-caranya:
 Balutkan kon ais krim dengan kertas bungkus nasi lemak yang dipotong 4 bahagian. (bahagian yang licin diletak sebelah dalam ye..)

 Campurkan semua bahan dalam mangkuk.

 Pukul guna speed maksimum selama 20 minit. Ha... sekarang adunan sudah berbuih...

 Di minit yang ke 20, adunan akan jadi seperti ais krim yang cair macam ni... Gebu kan?

 Tuangkan ais krim ke dalam kon yang sudah dibalut tadi. Tuang adunan tu hingga hampir penuh kelonsong tu. Tinggalkan sedikit ruang untuk coklat ganache nanti.
Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.

 Bila ais krim dah beku, kita buat coklat ganache nya.
Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT / UHT whipping cream/ susu cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau sebati. Sejukkan sebentar.

 Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai ataupun coklat rice....
Masukkan ke dalam peti ais hingga coklat beku.


Inilah hasilnya... NYUM! NYUM!

5 comments:

Unknown said...

kak ani mmg bijak menghasilkan idea2 yang kreatif.. puas hati dapat buat sendiri.. tq kak atas perkongsian resepi ni..

faa.rosli said...

Waaaa terror nya buat eskem sendiri

Anonymous said...

cikgu ani..ovelette tu sama dengan cake stabiliser ke? saya tak jumpa la ovelette

adam said...

Sedapnya aiskrim ala2 drumstick. Wife saya suka buat aiskrim home made. Tapi hobinya buat pastu bagi kat anak2 buah mkn.

Anonymous said...

cadang nk buat cam ni jugak