Recent Posts

Friday, 5 October 2012

SAMBAL KICAP

SAMBAL KICAP
Bahan-bahannya:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  2. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  3. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan. 
*** Sambal kicap ini sedap dinikmati bersama sup ayam, tauhu goreng, tempe goreng, pisang goreng, soto dan macam-macam lagi.



6 comments:

insanu ismail said...

beshnyerrr...biasa sy buat tumis bwg putih je, then blender skali ngn kicap n lada..sdp,pedas2 kn...:)

Cikgu Ani Bawok said...

Kalau kita goreng cili ngan bwg putih dulu, bau sambal kicap lebih wangi dan tak ada bau maung cili mentah tu... perut pun tak brp nak meragam.. dan lagi sambal kicap boleh disimpan lama... lambat rosak

Anonymous said...

Semua resepi dlm ni saya suka. Tq sbb sudi share..

Anonymous said...

Sedap

Sara Irisha said...

Terima kasih Cikgu Ani!!...sedapp!!...hidangan bersama kerang rebus hari nie :) digoreng cili & bawang dahulu..

Allen lens murah said...

Rasanya ni post dah lama kan .. Hihi sy bru try tdi mmg terbaik .. Tq sbb share